MISS NUFFNANG

Monday, January 6, 2014

Australia. Melbourne Day 3. The train...the beach...


Pagi hari ketiga, kami mulakan dengan sarapan roti canai dari kantin MH. Agak liat sikit bangun pagi ni sebab malam sebelumnya, kami sampai di MH dari Philiph island jam 12 tengah malam.

Plan hari ke 3 ni ialah untuk naik Puffing Billy, the steam train dan ke Brighton beach, nak tengok colourful bathing box. 

Keluar dari MH jam 9 pagi, ambik tram ke Flinders street station. Sebelum tu, kenalah top-up dulu myki card sebab perjalanan ni nanti melibatkan zone 1 & zone 2. So, I tambah AUD $12 bagi kad I dan kad hubby, manakala kad CK i tambah AUD $7.  Myki card ni jugak akan digunakan untuk naik train. Dari Flinders street station, kami mesti ambik pulak train ke Belgrave. Kami perlu kejar train ke Belgrave tu sebelum jam 10 pagi sebab perjalanan ambik masa 1 jam dari Flinders street station--> Belgrave. Selepas cari platform yang betul ke Belgrave, masa train bertolak ialah jam 9.56 pagi. Belgrave merupakan station terakhir. I berdoa moga tak de apa apa delay sebab nak kejar steam train jam 11.10 pagi. Kalau terlepas tuuu...jawabnya kena tunggu steam train jam 2.30 petang pulak...huhuhu...dah buang banyak masa tu !!

Dipendekkan cerita, kami sampai di Belgrave jam 10.55 pagi. Ikut je signboard Puffing Billy, lebih kurang 5 minit berjalan, dah sampai...

Laluan dari Belgrave station menuju ke Puffing Billy station...


Beratur beli tiket untuk naik Puffing Billy
Teruslah membeli tiket nak naik steam train ni. Kami hanya nak naik sampai ke Menzies creek je ... ala...hanya nak rasa naik steam train je yang famous untuk tourist kalau datang ke Melbourne. Tiket Belgrave-->Menzies creek AUD $26/pax return for adult dan AUD $13/ pax return for child. Cashier tu pujuk I beli tiket sampai ke Emerald atau Lakeside sebab lagi cantik katanya. Tapi I tak nak lah...



Ramai jugak toursit yang naik steam train ni..



Tengoklah speed limit dia !!......Pemandangan cantik hutan di kiri kanan 




Di Menzies Creek station..


Kling kling kling......keretapi nak jalan dahhhh...


Steam train melintasi jambatan kayu...



Pakcik pakcik ni ialah sukarelawan yang berkerja di Puffing Billy ni...
Kami sampai di Menzies Creek jam 11.40 pagi. Memang tak der apa nak buat kat Menzies creek ni...Tapi kami dah siap bawa bekalan nasik lemak dan roti canai...Jadi kami duduk makan lunch. Lepas habis lunch...hubby saje saje jalan jalan di kawasan kampung sekitar Menzies creek ni. Boleh kata tak jumpa langsung orang lain...sunyi sepi jer..

Jam 1.00 tengahari, keretapi sampai untuk ke Belgrave semula. Kali ni train penuh dengan kanak kanak sekolah pulak...




Kematu jugak bontot duduk lama lama cam ni. I dah surrender dah...on the way balik ke Belgrave, CK masih setia duduk berjuntaian kaki cam nih !!

Cantik hutan kiri kanan laluan train ni

Ni ialah Mr Akhtar...mantan profesor universiti. Beliau dalam training hari terakhir untuk menjadi sukarelawan berkhidmat dengan Puffing Billy ni...

Sampai di Belgrave station, kami ambik train ke Flinders street station semula. Hanya perlu touch myki card dekat card reader sebelum naik train. Kami sampai di Flinders street station jam 2.40 petang. Pastu, kami cari pulak platform 13 iaitu nak ambik train ke Sandringham. Tujuannya ialah ke Brighton Beach. Perjalanan ambik masa dalam 25 minit dan kami turun di Brighton beach railway station. Kalau ikut bacaan I kat satu blog ni, katanya, turun dari train jalan tak jauh mana dah nampak colourful boxes tu.

Kami pun gigihlah menapak dalam cuaca terang benderang tu sampai ke tepi pantai. Tapi tak nampak pun mana colourful boxes tu. Bila tanya orang, katanya dalam 15 minit berjalan kaki untuk sampai. Dan orang tu suruh kami berjalan ikut laluan pejalan kaki/ basikal di tepi main road tu supaya lebih cepat sampai berbanding kalau berjalan kat tepi pantai...


Selepas 10 minit berjalan, nun sayup di sana, barulah kami nampak colourful boxes tu...waaaa...Bangunan tinggi tu ialah Melbourne city..


Berbaloi kot jalan jauh semata mata nak tengok bathing box ni...hehehe...kat Masia tak de maaaa...








Happy moments...walaupun tengah panas terik !!!



Main pasir..






Laluan ni lah yang dicadangkan untuk menapak ke colouful boxes tu kalau korang datang ke sini dgn naik train..Ni dah on the way berpatah balik ke train station.

Gigih menapak !!! Ni masa nak berpatah balik ke Brighton beach train station. Langit biru tanpa awan....

Masa menunggu train untuk kembali ke Flinders street station...perut dah berbunyik dah...lapar betul masa tu, maklumlah dah hampir jam 5 petang. Mujur ada kokocrunch untuk CK kunyah kunyah..

Sampai di Flinders street station, kami terus naik free tram no.35 tu menuju ke Melbourne Central shopping centre kat hujung Swanston st. 

Lepas turun tram...sempat bergambar kat depan Victoria state library...



Unik statue ni...




Masuk ke dalam Melbourne Central tu...kami terus ke tingkat 3. Kat situlah terletaknya restoran yang Hamzah usahakan bersama partner dia. Resto tu sebenarnya ambik alih dari Secret Recipe. Kami makan nasi goreng sate dan spageti tomyam   sangat sedappppp ...sorry gambar takde....sebab terus ngap bila mknn sampai. Kebuluran yang amattsss masa tu weh !!


Station tram berdepan dengan Victoria state library...

Selepas perut kenyang, kami naik tram semula untuk ke Shrine of Remembrance...Tempat ni macam tugu peringatan jer sebenarnya. Tapi kami ke sini sebab nak solat zuhur asar kat park. Nasib baik maghrib masuk jam 8.30 mlm ....Lepas sembahyang lepak lepak ambik gambar dan tunggu sampai lampu menyala...





Tanpa lampu....cuaca masih terang. Cuma obor di depan tu memang dinyalakan...



Bila lampu dah dinyalakan.....nampak cantik Shrine of Remembrance ni.

Yang kelakarkan, hubby punyalah beriya iya tunggu lampu menyuluh Shrine of Remembrance ni menyala untuk ambik banyak gambar. Sekali tu, lepas lampu menyala, hubby ambik satu gambar terus bateri kamera kong!!!!!


Hahaha....terusla lenggang kangkung ke tram station untuk ambik tram untuk balik ke MH semula...



15 comments:

  1. wow....seronoknye pegi tgk negara orang kan...best je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best pergi bercuti kat tempat orang, mana yang baik kita ikut kannnnnnnn !!

      Delete
  2. Kalau tiket ke Emerald tu berapa lak tambah nya kak Ita? Kalau naik steam train tu mmg kena duduk kaki terjuntai macam tu ke..ke saja je

    Cantik betul view kat beach yg penuh ngan bathing box tu..tu saja tuk disply atau ada org mandi kat dalam tu..kalau ada org kat dlm tu mahu JM skodeng ahahaha

    Byk betul tempat menarik di Melbourne ni patutlah tiket mahal sikit kalau nk ke sana..tak kira..kalau dpt ke sana nanti..entry melbourne kak Ita ni akan JM jadikan rujukan..tak kira..tak kira heeee


    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang wajib naik steam train tu dgn kaki berjuntaian cam gitu JM hehehe...Tapi habuk ada masuk dalam mata jugakkk...
      Masa tu bathing box tu semua berkunci...tak lah akak tau bila dia org bukak. Kot kot kalau org nak salin baju lepas mandi laut kot...
      Memang betul JM...akak pun rasa masih banyak tempat kat Melbourne yang belum cover. Patutlah John/Henry Fox, pergi sampai dua kali dan duduk lama kat melbourne kannnnnn...

      Delete
  3. Ya laa Mama....
    Ni tgh pening.... Jelajah Jawa.......
    Apapun baba Enjoy.......Luv U n mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaksss...ke Tanah Jawa yuk, bapak !!!

      Delete
  4. saya pun experience jalan kaki ke bathing box tu...ingatkan dekat, tapi mengah juga la sebab lalu jalan atas pasir lagi...hadoi la..nasib sejuk...kalo tak, panas juga hati masa tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la DJ datang masa musim sejuk....tak rasa menapak dalam cuaca panas macam kami ye ! Tapi kalau jalan atas pasir memang rasa sangat jauh DJ....

      Delete
  5. Nampak best program cik Ta untuk hari ini. Boleh saya ikut nanti...tapi tak taulah sanggup ke kena menapak jauh-jauh tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan en.Mie...tapi kalau en.mie datang musim tak panas, tak lah rasa penat sangat nak menapak tuuu...

      Delete
  6. salam kak nak tanya, akak pegi ke Puffing billy ni hari apa ek? kalau travel during weekend, harga train dia 3.50Aud je kan? sebenar nya saya tak paham, 3.50Aud tu untuk seharian perjalanan or harga dari satu tempat ke tempat yg lain cuma 3.50Aud?


    sori sy blur...tak paham pasal Myki Pass

    kalau train dari Belgrave - Brighton beach tu, harga train berapa kak?

    tq......:)

    ReplyDelete
  7. maksud saya, harga train dari Flinders Station ke Belgrave...then Belgrave ke Brighton St...

    bukan harga train Puffing Billy hehehe

    ReplyDelete
  8. Info yg bagus kak. sy banyak buat rujukan dr blog ni....Tq..:)

    ReplyDelete