MISS NUFFNANG

Monday, June 30, 2014

Cuti Cuti Eropah :Episod 5, Lauterbrunnen & Jungfrau, Switzerland

Hari ke 5 dalam pengembaraan di sebahagian bumi Eropah ni….
Pagi itu sangat sejuk sekali, nasib baik mandi pakai air panas dengan 20 sen swiss francs…tapi lepas mandi, menggigil jugak nak menapak ke kabin walaupun jaraknya tak sampai 30 m !!

Bergambar di hadapan deretan kabin. Di belakang tu ialah tandas dan bilik mandi. Perempuan punya di tingkat atas

Sambil bersarapan, mata layan tengok air terjun ni...

Sarapan pagi itu ialah mee goreng ala Kelana Convoy stail…Selepas makan ada taklimat bagaimana untuk ke Jungfrau. Di Europe ni, ada peraturan iaitu bagi perjalanan tour macam ni, driver boleh drive 3 hari sahaja dan hari ke 4 driver mesti rehat dan bersih bersihkan bas sahaja. Jadi, kami perlu menapak ke stesen keretapi Leuterbrunnen, yang jaraknya lebih kurang 1 km dari camp site. Setiap orang telah dibekalkan dengan satu bar coklat cadburry besar sebagai pemberi tenaga…kahkahkah…macam atlet la pulak !! (sekarang ni kalau diberi coklat nama tu…geli geleman rasa nak makan..)


Hujan renyai renyai...so kena lah pakai baju hujan...

Kedai souvenir kat campsite....harga barang barang di kedai ni boleh tahan murahnya..

Menapak perlahan lahan ke pekan Lauterbrunnen dari camp site..

Ni jalan shortcut ke pekan Lauterbrunnen...tapi kenalah mendaki jalan kecik tu...

Cantik pulak tengok bunga ni...

Nun dibawah sana tu ialah lembah Lauterbrunnen di mana terletaknya campsite kami..

Untuk menapak ke stesen keretapi tu tak jadi masalah sebab pemandangan di kiri kanan jalan memang sangat cantikkkk….Subhanallah !!
Sebenarnya ada beberapa puncak gunung di pergunungan Swiss ni. Setiap puncak tu dengan ketinggian yang berbeza  dan lokasi yang berbeza seperti Eiger, Monch,  maka harga tiket train ke puncak pun berbeza.… Kami naik ke puncak Jungfrau. Ia antara puncak tertinggi di Europe. Tiket train ke puncak pergi balik dewasa 140 swiss francs, kanak kanak 5 tahun ke bawah free, 6-15 tahun separuh harga. Nasib baik CK dapat free aje walaupun dah umur 5 tahun 5 bulan…Switzerland pelik sikit…dia tak pakai matawang Euro sebaliknya Swiss Francs, CHF (1 swiss francs ~ rm 3.50). Matawang swiss francs susah nak dapat kat money changer KL. Namun begitu, wang kertas Euro diterima bagi semua urusniaga di Switzerland cuma duit baki akan dipulangkan dalam swiss francs…
Kami naik train ke puncak Jungfrau pada jam 10.30 pagi. Pemandangan di kiri kanan memang sangat cantik….kagum sungguh dengan keindahan alam. Rasanya dulu masa kecik kecik hanya tengok di calendar je gambar gambar pemandangan Switzerland ni…

Di pekan Lauterbrunnen...cantik sungguh air terjun tu...

Stesen keretapi Lauterbrunnen...kami menunggu train untuk ke Jungfrau di sini. Masa ni baru jam 10.16 pagi...ada beberapa minit lagi sebelum naik train..

Nyaman sungguh cuaca pada pagi tu...

Kalau dapat sebijik rumah kat sini...best kot !!

View dari dalam train...sejurus berlepas dari stesen Lauterbrunnen..

Salji memutih...

Dah hampir di Klein Scheidegg... tak sangka salji memutih ..

Train dari Jungfrau dah tiba di Klein Scheidegg...Kami akan naik train tu pulak untuk meneruskan perjalanan mendaki ke puncak Jungfrau..

Selepas 40 minit, kami tiba di Klein Scheidegg dan harus menukar train lain untuk ke puncak Jungfrau. Di situ, salji dah semakin tebal…kami punya uuuuu…waaaaa…..tak habis habis lagi dari mula menaiki train. Tetiba ada angin kuat bertiup dan diikuti salji masuk ke dalam train sebab kami bukak tingkap. Lagilah semua orang menjerit keseronokan. Tak sangka di musim bunga masih ada salji…

Tempat tukar train....untuk meneruskan perjalanan ke Junngfrau..

Sampai di puncak Jungfrau…tengok suhu di situ ialah -8 0C. Ooooo…patutlah sangat sejuk dan ada salji turun.  Ada banyak kemudahan di sediakan di dalam satu kompleks di Jungfrau ni. Cumanya kena tahan sejuk (walaupun heater on) dan cepat penat sebab oksigen yang nipis di kawasan tinggi. Memang betul jalan setakat 50m-100m terpaksa berhenti untuk melepaskan penat dan jugak tercungap cungap. Patutlah orang yang daki Gunung Everest kena bawa bekalan oksigen kannn…
Kami pulak tak bawak stroller CK sebab ingat susah nak tolak ke apa ke…kesian dia berjalan sikit dan berhenti, pastu baru sambung jalan lagi. Antara tempat paling best yang kami pun excited ialah tempat open air untuk main salji….Masa tu lah main snow sambil nyanyi lagu filem Frozen: Do you wanna build a snowman…hahaha…. Kemudian ada ketikanya angin  melanda kawasan open air tu, maka salji pun menampar nampar manja ke muka…ahaksss…Memang best ! Cuma tak boleh lama lama di kawasan open air tu, lepas main snow dalam 2-3 minit, kami akan berlari masuk ke dalam kawasan bertutup semula sebab di situ ada heater, dan disebabkan rasa sesak nafas tak cukup oksigen. Lepas 5 minit rehat, kami berlari ke kawasan open air semula…gitulah 4-5 kali jugak emak-bapak-anak punya aktiviti kat situ. Dah habis di situ..kami beredar ke tempat lain pulak. Ada 9 tempat tarikan pelancong yang dah disediakan di puncak Jungfrau, rugilah kalau tak tengok kesemuanya lagi pun semua tu free aje sebab dah termasuk dalam harga tiket train. Selain dari mudah semput tercungap cungap di kawasan tinggi dengan oksigen yang nipis tu, kita juga mudah rasa mengantuk. Iye laaa bila oksigen kurang kita akan mudah menguap dan lalu rasa nak tidur…

Pengunjung diberi passport camtu. Di dalamnya ada peta laluandan lokasi di kompleks ni

Yeay..kami dah sampai di sini !!!

Kawasan open air utk main salji...

Ahaksss.....

Kawasan ni diletakkan jaring supaya salji jatuh ke bawah...Suruh CK pakai spek hitam tu sebab terasa silau mata..

Kawasan laluan di dalam kompleks ni...

Big snow globe..

Terowong menunjukkan sejarah pembinaan terowong kat sini

Terowong ni menuju ke ice castle....memang ice je kiri kanan tu...

Grrrr...sejuk giler..




Ice sculpture...

Akhirnya selepas habis kami jelajah semua kawasan kat kompleks di puncak Jungfrau ni…kami pun duduk lepak kat café sambil pekena kopi panas dan muffin. Masa tu, CK terus tertidur kat atas sofa panjang. I pun tumpang sekaki terlena kat sofa tu….memang mengantuk yang amatssss. Terpaksalah hubby membulatkan matanya demi untuk tidak terlena…kahkahkah..

Tempat lepak sambil minum kopi dan makan muffin...ada wifi free di sini !!

Keadaan di luar  cafe tu....

Suhu di luar kompleks ni...-8 C..

Tengok rumah tu...nampak bumbung je sebab kena timbus ngan salji ..


Lama lama kat Jungfrau ni rupanya amat meletihkan kerana oksigen yang nipis tu...Kami ambik train Jungfrau-Klein Scheidegg jam 3 petang dan ambik masa 50 minit untuk tiba di Klein Scheidegg sebelum perlu menukar train ke Leuterbrunnen pulak. Kami decide nak blah cepat dari Jungfrau sebab cuaca semakin sejuk sebab ribut salji masih turun…lagi pun dah jelajah semua Jungfrau tu, nak tunggu apa lagi ? Idea kami ialah untuk lepak kat Klein Scheidegg jugak…kat situ tak de ribut salji dan salji pun masih tebal lagi…


Tiba di Klein Scheidegg, matahari dah mula nampak…udara lebih segar. Kami pun terus main salji di situ sambil baring baring buat posing ala ala Hindustani la… Pastu lepak kat café order kopi panas dan chips untuk alas perut. Satu jam jugak kami lepak di Klein Scheidegg. Jam 5 petang baru kami ambik train Klein Scheidegg – Leuterbrunnen..itu pun sebabnya kalau tak naik train jam 5 petang hanya tinggal 1 aje lagi train ke Leuterbrunnen iaitu pada jam 6 petang. So, apa lagi, kami pun blah dari situ.

Yeay....Di Klein Scheidegg

Masa utk naik train turun ke Lauterbrunnen... Bye bye snow semua , kata CK !!

Di Klein Scheidegg pada waktu petang...nampak cantik sebab awan kaler biru..

Meninggalkan Klein Scheidegg..

Perjalanan menurun ke Lauterbrunen..

Menapak balik ke campsite...hujan renyai renyai pulak

Sampai di Leuterbrunnen dah hampir jam 5.50 petang. Kami berjalan santai ke pekan kecil Leuterbrunnen sambil singgah kedai kedai yang jual souvenirs…
Sampai di campsite jam 6.45 petang …kami solat zuhur asar dulu baru gi makan. Untungnya berjalan masa spring ni sebab maghrib masuk jam 8.50 malam, dan siangnya pun panjang…

Demikian aktiviti di hari kelima di bumi Eropah ni. Esok kami akan bertolak ke Paris, France pulak…



12 comments:

  1. subhanallah....subhanallah....non stop dok sebut tu jek kak...cantik sg2....suke tgk kehijauan pepohon dan keputihan salji tu.... ya Allah bila laa dpt rasa sendiri salji depan mate mcm akak ni heheheeheh....sonok ck puas dah die mengembara ke satu negara ke satu negara ikut akak.....

    ReplyDelete
  2. penuh dgn salji, mesti puas main salj.
    cantik sungguh memukau pandangan .
    dulu2 mmg byk kalender guna gambar kat switzerland .

    ReplyDelete
  3. kak Ita...pengalaman begitu berharga akak di sana..salji di sana sini..JM yg baca ni pun dh terasa sejuknya tu..Ohh...JM dh masukkan dalam wishlist ni..gigih buat research :-)

    Hahahah..kelakar pulak...husband kak Ita yng terpaksa bersengkang mata x nak kasi tido..

    ReplyDelete
  4. cantik giler viewnya..kalaulah dapat rumah sebiji kat Lauterbrunnen tu, memang syoklah...*mood berangan

    ReplyDelete
  5. Salam semua....Cayalah mama...Nanti baba jumpa snowman dan ajak dia beli rumah kat situ (Lauterbrunnen) atau kat tepi tasik tu (Interlaken).

    ReplyDelete
  6. Cntik sngt ler kak ita..adoii...putih mata memndng sungguh.. ck blh thn ke sejuk2 gitu...?

    ReplyDelete
  7. rindu lak suasana kat lauterbrunnen. kat Klein Scheidegg amat cantikkkkkk! selamat berpuasa akak dan keluarga!

    ReplyDelete
  8. Kiranya akak..Klein Scheidegg tu lagi best untuk main snow ke akak?? sayapun tercungap nafas bila akak ckp Jungfrau xcukup oksigen..hahaha.

    ReplyDelete
  9. Sakan bermain dengan salji... ABC satu... hehe

    ReplyDelete
  10. Subhanallah! Lawa sangat lah Swiss ni. Orang selalu kata kalau dah kat Swiss eloklah berjalan kaki je, kiri kanan view da lawa memang xsedar kalau berjalan 1km sekalipun.

    ReplyDelete
  11. cantik betul kn kat Swiss...In sha Allah sy n rakan2 pun akan join trip KC Mei next year... sgt teruja tgk gambar2 dari blog KR ni...

    ReplyDelete