MISS NUFFNANG

Wednesday, June 4, 2014

Cuti Cuti Eropah : Episod 2, Amsterdam Yang Indah

   #tajuk tak boleh blah...jiwang karat !!!


Pagi hari kedua di Amsterdam di mulakan dengan sarapan scramble egg dengan roti. Sedap dan banyak pula scramble egg tu. Buat lebih sebagai bekalan makan dalam bas.
Pagi tu, destinasi pertama ialah ke Irene & Hoeve, satu kedai perusahaaan membuat keju dan juga terompah (cheese & clog). Free aja demonstrasi membuat keju dan juga membuat terompah tuuu. Dah habis demonstrasi tu, pengunjung boleh la membeli keju, terompah, hiasan rumah dan fridge magnet dan key chain Belanda ni. Kami beli la juga fm terompah tu….tapi rupa rupanya mahal sekali ganda harga kebanyakan souvenirs kat situ tau berbanding dengan kedai souvenirs di Amsterdam. So…dinasihatkan jangan beli kat situ la fm atau keychain....

Deretan basikal untuk di sewa di camp site


Sekitar camp site

Nama camp site di Amsterdam






Selepas singgah di Irene & Hoeve, kami terus ke Keukenhorf. Kalau ke Keukenhorf tu, tentulah untuk ke Keukenhorf Tulip Festival. Harga tiket masuk ke sini ialah    12 euro  /adult dan 7/child kalau tak silap. Kebetulan hari tu ialah hari ahad, memang ramailah pengunjung. Hampir 3 jam di sini, rasanya tak habis cover semua area.

Dalam perjalanan ke Irene Hoeve, ternampak view yang cantik ni..

Irene-Hoeve..tempat buat terompah dan cheese

Saujana mata memandang

Jalan raya melalui bawah landasan kapalterbang..




Ada tulis Selamat Datang tuuu...

Macam bunga plastik..















Ahakssss......

Tak sempat ke Volemdam, jadi ambik gambar di kincir angin ni je laaa...



Tengokla ni...semua orang sibuk mengambil gambar tulips yang cantik...







Antara tempat menarik di dalam Keukenhorf tulips festival ni...


Selesai di Keukenhorf, kami menuju ke Bandar Amsterdam semula, iaitu ke Museum plain, satu kawasan lapang yang terkenal dengan signboard I AMSTERDAM merah putih tu. Museum plain ialah satu dataran lapang...ala ala macam Dataran Merdeka kita la, cuma ada kolam kecil di tengah dataran tu. Di situ, hubby bersama beberapa orang yang lain dan seorang krew Kelana Convoy berjalan kaki ke HRC Amsterdam. I malas nak ikut, so, hanya berlegar legar di sekitar Museum plain…banyak je museum menarik sekitar museum plain ni, seperti Van de goh …dan macam macam lagi tapi nak masuk kenalah bayar. Pengalaman menarik kat Museum plain ni ialah public toiletnya. Nak masuk kena bayar 50 sen dan pintu toiletnya memang kaca je sepenuhnya, memula tu suspen nak guna toilet, dalam hati dah niat dah...CK je lah guna toilet tu, tapi sebaik kita masuk dan kunci pintu tu, terus pintu kaca tu jadi berkabut hehe…buat suspen aje.


Berbelit gak lidah nak sebut certain words ye....



Signboard popular di Museum plain... I amsterdam...

Ni la Museum plain....nampak tak word I Amsterdam tu ?...

Ramainya orang berkerumun kat word I Amsterdam tu...payah nak ambik gambar





Puas menunggu tempat ni kosong dengan orang tapi hampehhh....ramai je orng lepak kat sini..

















Then, kami terus ke masjid, untuk solat. Selesai solat, beli kebab untuk minum petang sebab dijangka sampai balik ke camp site agak lewat.

 Then, kami ke kawasan dipanggil Damrak…bas parking  di situ dan kami semua berjalan kaki ke jeti untuk canal cruise sekitar Amsterdam. Ada beribu ribu terusan/ canal di Amsterdam ni. Kebetulan esoknya sambutan hari memperingati pahlawan di Amsteram, jadi banyak jalan di tutup untuk sambutan berkenaan. Rasanya hampir 2 km juga berjalan dari tempat parking bas ke jeti untuk canal cruise tu. Harga   7 euro/adult    dan    5 euro /child. Hampir 1 jam cruise tu….memang bersimpang siur lah terusan terusan kat situ, rasanya kalau ditinggalkan sensorang, memang pening kepala nak cari jalan keluar.










Bangunan memang kurus kurus jer...pemandangan dari canal cruise..


Selepas habis cruise tu, ada masa lagi, jadi untuk sesiapa yang teringin nak tengok Red Light area, hanya berjalan kaki 10 minit cam tu dah sampai…tapi kami yang taknak pergi ke sana, sibuk mencari kedai menjual souvenirs Amsterdam. Tu yang kata harga di kedai souvenirs lebih murah dari Irene & Hoeve tadi..

Balik ke camp site dah jam 9 malam….dinner dah tersedia. Dinner hari ni ialah nasi bersama ayam goreng 2 ketul seorang dan sayur. Sedapppp…sebab perut dah lapar !!!
Pastu balik kabin, settlekan urusan CK dan toilet dan bilik mandi. Oppsss lupa, nak mandi air panas kena beli token , ni bagi yang menginap di dalam khemah atau kabin asas sahaja tanpa bilik air. Bagi yang menginap di kabin dengan toilet, tak de masalah lah. Kami terlupa nak beli token…so gunakan kreativiti, kebetulan bekas tempat isi susu CK besar maka kami tadah air paip di sinki …hehe…dapatlah mandi air panas jugak.


Demikianlah pengalaman pertama kami menginap di kabin di camp site. Memang satu pengalaman baru yang sangat sangat menarik …


Belanja hari ni: Keukenhorf Tulips Festival 12 Euro/pax,
                      Canal cruise 7 Euro/pax
                      Makan makan & souvenirs 50 Euro


16 comments:

  1. Caiyoo..mama.... sian member tunggu cerita nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kebizian yang amatssss...

      Delete
  2. wah wah mngembara sakkan ni...adventurous gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la adventurous sangat nekcik...tapi sangat sangat enjoy..

      Delete
  3. ya Allah subhanallah!! cantiknye kak bunga tulip tuh..... kalerpul dan fresh2..... bertuah akak dpt tgk semua tu dgn mate sendiri....lepas satu negara ke satu negara akak berjalan....best2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik lieya...tulips tu macam plastik jek kannnn

      Delete
  4. Kak ITa...mau masuk tandas kat sana boleh bayar guna duit masia ek...tu ha bayar 50 sen je hiksss
    Waktu kak Ita pegi ni musim bunga ke..memang langit dia putih camtu je ek..kalau langit di Australia..Wahh...biru cantik sgt...baca blog sini pegi europe..baca blog sana pegi europe..hayookk..ni yg gigih nak menabung nih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...50 sen euro JM !!!
      Musim bunga memang akan ada hujan gitu...taklah panas terik, tu sebab langit tak lah biru sangat.
      Chaiyokkkk JM ...ayuh menabung !!

      Delete
  5. Salam kenal, bestnyer jalan tgk tempat orang...anyway saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ singgah...Insyaallah, saya follow awak ye..

      Delete
  6. Macam bunga plastik saya tengok bunga tulip tu... Persekitaran pun nampak bersih dan terjaga...
    First time dengar nak mandi air panas kena beli... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah en.mie...jauh berjalan banyak pengalaman orang kita....Kami pun first time kena bayar utk guna air panas, tapi itu hanya berlaku di campsite je kot...kalau kat bilik hotel dah siap siap ada heater

      Delete
  7. part cabin..campsite tu mengujakan plak...he

    http://blogberangan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat jenjalan negara orang kan..
    Jom singgah blog saya...newbie dalam berbloging hehehe..saya dah follow awk ye..Thanx... http://globalazcollection.blogspot.my/ Thanx for ur support dearies...

    ReplyDelete