MISS NUFFNANG

Thursday, May 1, 2014

Tanah Jawa Trip Day 8 : Jakarta

Hari ke 8 di Tanah Jawa ni merupakan hari terakhir dari keseluruhan trip kami. Nak kata lama sangat tu tak lah jugak sebab asyik bergerak ...
Jakarta-->Jogjakarta-->Bandung-->Jakarta . 
Jadi tak terasa jemu di satu satu tempat tu..

Sarapan di Neo Mangga Dua hotel ni memang best sebab banyak pilihan. Antara 4 hotel yang kami duduk sepanjang di Tanah Jawa ni, hotel ni yang paling selesa dan pilihan breakfast pun memang menyelerekan. Kami pun apalagi....makan kiranya merangkap lunch sekali nih !

Breakfast time...


Hotel Neo Mangga Dua terletak berdepan dengan WTC Mangga Dua..
Selepas breakfast, kami terus check out tapi luggage kami simpan kat ruang simpanan hotel dulu. Flight balik KL jam 6.50 petang. Kami dah cadang nak ke Ancol pagi ni sehingga tengahari..
Keluar aje hotel terus panggil teksi yang memang ada je kat sebelah hotel ni. Teksi dari hotel ke Ancol 12 ribu rupiah, tapi sebelum tu, nak masuk ke kawasan Ancol ni, pengunjung kena bayar, kalau tak silap, kami bertiga 18 ribu rupiah..Kami minta driver teksi hantar ke kawasan tepi pantai memandangkan baru jam 9 pagi...

Tepi pantai Ancol..



Ahaksss.....




Cakksss....

Dalam jam 9.40 pagi kami nak bergerak ke kawasan Ocean Samudera pulak. Tak perlu risau sebab ada je bas bergerak membawa pengunjung di dalam kawasan Ancol ni...gratissss..


Ni la bas  nya....

Kami nak ke sini lah...
 Kami terus berhenti di Ocean Dream Samudera. Nak masuk ke sini tiket 120 ribu rupiah seorang. 



Tengoklah jadual shows. Jadi, sebagai mama yang bertanggungjawab, nampak tak tulisan pen nombor tu ? I terpaksa susun ikut turutan supaya CK tak miss satu show pun...hahaha..Semua 8 show tu kami dapat cover kecuali aneka satwa...dapat tengok dah halfshow aje..

Yang bestnya ialah di setiap pertunjukkan ni, ada pengacara yang menggamatkan suasana. Sakit perut kami, gelak sakan tengok gelagat haiwan dan celoteh pengacara...Selain dari animals shows, ada Cinema 4D Dora, Spongebob dan The good the bad n horse. Kami hentam jek tengok semua. Memang berbaloi datang ke sini terutama dengan anak anak laaa..


Ni di pentas Aneka Satwa (Variety Animals Show). Ni kami dapat tengok dah separuh jalan aje..






Pelbagai shows..


Ni di Pentas Singa Laut. Ramai pengunjung sebab kebetulan ada family day satu company ni...
Nape duduk depan sekali ? Sebab senang nak keluar cepat ke show yang seterusnya...


Comei...aaaa singa laut ni tengah beraksi

Singa laut membunyikan loceng mengikut hasil darab no. yang diberi oleh penonton

Hensem aaaa mamat indon ni. Ni di pertunjukan lumba lumba..

Dolphins show ni membuatkan kami ternganga mulut aaaa....Kagum betul ! Kat Msia pun tak de tau !!! 

4 dolphins terlibat. Mamat yang tengah tersengih kat belakang tu ialah orang Malaysia..Asyik kena usik dgn pengacara, suruh cari awek indon jadi bini..

Ni aksi berpusing keliling kolam

Ni selepas habis show. Hubby cakap nak ambik gambar dgn dolphin. So, mamat ni panggil sekor dolphin ..

Lumba lumba ni tak berbau hanyir sebab ia bukan ikan tapi mamalia..

Inilah show yang paling best kat Ocean Samudera, Ancol..

Ni di pentas Underwater theater

Mermaid laaa sangat kannnn. Kagum jek CK tengok live mermaid depan mata dia kihkihkih...



Ni pun best jugak...Scorpion Pirates

Apa lagi yang kita tak tengok ye mama ??? Ermmm...

Kami tak masuk ke Sea World.


Rasanya kalau lain kali datang ke Jakarta ni, nak tengok lagi show kat Ocean Samudera, Ancol ni...Thanks kat blogger Zila sebab recommend tempat ni dalam blog dia. I pun recommend tempat ni kat sesiapa yang nak melancong ke Jakarta yeee...

Habis dah cover semua show yang ada, kami cari teksi untuk balik ke hotel. Kami saje try 1 teksi yang bukan bluebird, terus driver tu mintak 30 ribu rupiah. Memang mahal...kami tak jadi naik. Kami terus berjalan sampai jumpa teksi bluebird. Tambang teksi tu ke hotel cuma 14 ribu rupiah aje.
 Sampai hotel ambil luggage, dan gi toilet bagai...pastu ambik teksi bluebird yang lain untuk ke airport. Tambang dari Neo mangga Dua Hotel ke airport ialah 100 ribu rupiah dan kami kena bayar tol...kalau tak salah 135 ribu rupiah untuk 2 kali tol..


Kami sampai di aiport awal...so lepak lepak makan donut dulu, dan tak sangka jumpa semula 9 jejaka hensem yang kami jumpa kat Kawah Putih dulu. Tapi flight diaorang jam 8 malam, flight kami 6.50 petang.







Tamat lah sudah entri ke Tanah Jawa ni. Trip kami dari 1-8 Februari 2014, tapi entrinya 1 Mei baru habis. Dasarrrrr...

 



8 comments:

  1. Kak ita, x shopping d mangga 2 kewww
    Ocean samudera mmg amat sesuai klau bwk kanak2 jm dh dh tuo ni pun enjoy masuk sana
    Ishhh pesal kak ita jumpa ramai sgt mamat ensem ni jelezzz i oulssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la jm....dah takde beg nak sumbat dah. Kalau sopping kat magga dua, harus beli beg satu lagi.
      Ahakksss...kebetulan jumpa ramai pulak mamat hensem ek !

      Delete
  2. Mamat Malaysia tu pekerja kat situ ke...

    Tak melabur di WTC Mangga Dua...

    ReplyDelete
  3. hiasan di situ pun menarik kan?
    rata2 di indonesia ada saja show mcm ni, best.

    ReplyDelete
  4. Kanak2 mmg suka kalu ke Ancol ni.. saya pernah ke Jakarta sekalik tp x ke Ancol coz p berdua je..next time kalu p bwa anak2 insyaallah nak p...Cuaca nampak mcm mendong aja kak Ita...

    ReplyDelete
  5. seronoknye dpt tgk show mcm tu kak...jgn kate budak2...mak budak mcm lieya pun suke....

    ReplyDelete
  6. hi sis,thanks for sharing. nak tnya yang 135 ribu rupiah untuk 2 kali tol tu total ke atau harga tol shj. hehe

    ReplyDelete
  7. hi sis,thanks for sharing. nak tnya yang 135 ribu rupiah untuk 2 kali tol tu total ke atau harga tol shj. hehe

    ReplyDelete