MISS NUFFNANG

Wednesday, July 6, 2011

Bersyukurlah...dengan apa yang ada

On the way to college this morning, i dengar IKIM. fm ( ..hihihi..pagi pagi hari mulakan dengan sesuatu yg positif..). Satu sebab i dengar IKIM .fm ni sebab setiap pagi jam 7 ada doa pagi dialunkan oleh kumpulan Hijjaz...tu yang menyebabkan i mesti dengar radio ni...


Sebenarnye..i nak cerita ceramah atau motivasi pagi yang i dengar pagi ni. Ia sangat menyentuh perasaan i sebagai seorang ibu...Biar i tulis semula ape  yang i dengar tu kat sini......

 Ada satu pasangan suami isteri yang tinggal kat satu kawasan perumahan. Mereka dah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Mereka rasa cemburu bila lihat jiran sebelah menyebelah mempunyai anak yang ramai kerana suasana rumah sentiasa riuh tak macam rumah mereka yang sunyi sepi...

 Si isteri mempunyai sikap yang mementingkan perfection ( perfectionist la...). Rumah mereka sentiasa kemas, hatta habuk pun tak berani nak lekat. Bagus la kan isteri yang bersikap begini...



Tak lama selepas itu, si isteri di sahkan mengandung. Selepas beberapa lama mengandung, bila scan didapati anak lelaki. Maka si isteri pun menyediakan bilik yang cantik dan bersih dan dideko sesuai untuk anak lelaki. Dibelikan permainan untuk si bayi lelaki yang belum dilahirkan tadi agar mudah bila dah bersalin nanti, semua keperluan telah ada.



Dipendekkan cerita, lahirlah anak lelaki mereka. Selepas dua tiga tahun, didapati, perangai si anak lelaki tadi 100% bertentangan dengan perangai si ibu. Bila ibu kemaskan susunatur perabut, tak lama lepas tu, si anak selerakkan kusyen. Suratkhabar yang bersusun rapi, si anak akan gumpal gumpalkan menjadi gunung. Dan satiap kali si anak buat salah, si ibu akan paksa si anak berjanji untuk tidak buat lagi kesalahan yang sama. Namun, si anak tetap akan melakukan perbuatan yang sama.



Suatu hari, seorang rakan si ibu tadi menelefon dan memberitahu untuk datang ke rumah. Maka, kelam kabut la si ibu mengemaskan rumah, kedudukan perabut dan segala macam demi memastikan rumahnya kemas. Selepas berpuas hati, si ibu ke dapur pula untuk menyediakan juadah istimewa untuk tetamu yang datang. Sebaik habis memasak, si ibu kembali ke ruang tamu.


Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati ruang tamu berselerak dengan timbunan kertas suratkhabar, manakala kusyen pula bertaburan di atas lantai. Si ibu hilang akal lalu menjerit sekuat hati kepada si anak yang berada di situ. Si anak pula, terkejut dengan jeritan si ibu lantas berlari laju keluar dari rumah dituruti oleh  siibu. Tiba-tiba......si ibu terdengar bunyi dentuman yang amat kuat dan diikuti dengan percikan cecair ke muka dan badan si ibu. Apa yang si ibu lihat ialah..anaknya terlantar di atas jalan raya di hadapan rumahnya akibat dilanggar kereta.



Si ibu terus menerpa ke arah anaknya, lalu mendukung si anak dan membawanya masuk ke dalam kereta. Lalu si ibu terus memecut ke hospital. Sepanjang perjalanan  ke hospital, si ibu berdoa : Ya Alllah selamatkanlah anakku....Itu lah doa yang diulang ulang sambil air mata berjuraian bercampur dengan darah si anak tadi.



Doa itu juga diulang -ulang oleh si ibu semasa doktor bertungkus lumus menyelamatkan anaknya. Akhirnya...apabila doktor datang mendapatkan si ibu, si doktor berkata : Maaf Puan, anak puan telah  meninggal dunia......


Serasa runtuh dunia si ibu apa bila mendengar kata kata doktor itu...



Selepas majlis pengebumian diikuti tahlil selesai pada malam itu..., si ibu menyelongkar semula tong sampah di hadapan rumah, beliau mengambil semula timbunan kertas surat khabar yang si anak telah gumpa-gumpal semalam. Sambil mencium gumpalan kertas itu, si ibu berkata : Alangkah cantiknya gumpalan kertas yang si anak telah buat...mengapa sebelum ini , aku tidak melihatnya ...!!!!


 I rase terharu sangat  mendengar kisah tu...rase cam terbayang CK yang i marah marah kalau dia sepah sepah kan toys dia...huhuhu...i janji kat diri sendiri ..tak nak mudah marah lagi kat CK. I takut nanti tiba tiba je CK hilang dari mata i.....




Moral of the story...bersyukurlah...dengan ape saje anugerah Allah kepada kite..kannn...





No comments:

Post a Comment