MISS NUFFNANG

Wednesday, September 21, 2011

Ke A'famosa Resort, Melaka Part 2

Sambung cerita ke Afamosa


Habis lunch kami pun masuk ke kondo yang disewa tuh..


Kondo yg kami stay



Ruang tv dan ruang makan yg luas
CK terus sambung tidur...Ni bilik ke2, ada 2 single bed, tapi kami joinkan beds tu.
Master bedroom pulak ada 2 queen size bed, sesuai la untuk my sis satu famili

Pemandangan dari balkoni di dapur....kami stay kat tingkat 13,
so nampak cantik view padang golf tu

Dua dua lelaki tengah bancuh air panas sendiri. Dapur lengkap ngan peti sejuk dan kettle.
Kalau famili lagi ramai, boleh bawak rice cooker untuk memasak.
View dari balkoni di ruang tv






3 budak tengah gayat sebab duduk kat tempat tinggi...


Sukanya CK sampai melompat lompat kat balkoni ni..
Bersantai di balkoni sambil makan jeli
 Sebelah petangnya, jam 6 kami keluar  ke tempat ikan bakar yang famous kat Melaka iaitu di Umbai. Jarak dari Alor Gajah dalam 40km kot (agaknya la...). So kami sampai kat Umbai jam 7 petang.


Entrance ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung.
Ada 3 tempat medan ikan bakar ni, tapi kami pilih yang terapung punye...

Ada pelbagai souvenir dijual di entrance tu...

Sedang memilih makanan laut....

Kami pilih ikan siakap 2 ekor untuk bakar dan masak 3 rasa, sotong goreng tepung, sotong bakar dan kepah masak pedas. Sorry, gambar yang diambik agak blurrrr sikit sebab sebelah tangan suap makanan, sebelah tangan pegang kamera.


Kepah masak pedas
Siakap masak 3 rasa dan nasi lemak...

Cukupla gambar food tu sebab gambar lain tak cantik la. Pas makan, kami terus ke tempat naik bot untuk Melaka cruise. Lebih kurang setengah jam drive dari tempat ikan bakar tadi.



Ramai betul orang especially rombongan bas sekolah dan rombongan bas cik kiah nak naik bot kat sungai melaka pada waktu malam.

Sedang beratur untuk naik bot

My sis dan anak di atas bot. Pemandangan sangat cantik sebab banyak lampu.
Tapi kamera I jenis murah punye, so jadi tersangat la tak cantik gambar yang I ambik

Di dalam bot...

Pemandangan sangat cantik especially lukisan mural di belakang bangunan, yang mengadap ke sungai. Tapi sorry, gambar yang diambik jadi tak cantik la. So tak boleh tayang kat sini.



Turun dari bot dah jam 10.30 malam. Mula -mula kami ingat lepas naik bot menyusuri sg melaka ni, kami nak terus ke rumah cousin yang kahwin tu sebab ada majlis berinai besar. Tapi at last, tak jadi la sebab kalau pergi jugak, sure jam 11.30 baru sampai. Kesian plak kat mak sedara I, dah la esoknya ada majlis persandingan pulak.




So, kami decided balik ke Afamosa untuk rehat dan tidurrrrr.


Nanti sambung lagi part 3 pulak.

2 comments:

  1. sedap rasa siakap 3 rasa yg kita makan masatu...

    ReplyDelete
  2. This is a great tip particularly to those fresh to the blogosphere.

    Simple but very accurate info… Thanks for sharing this one.
    A must read post!

    my blog :: great point

    ReplyDelete