MISS NUFFNANG

Thursday, December 19, 2013

Bye Sydney, Hello Melbourne, Day 1.

Hari ni bangun awal sebab nak kemas beg beg. Maklumlah flight ke Melbourne jam 11.30 pagi
Jam 9.00 check out hotel dan kami terus menapak ke Museum station. Beli tiket train untuk ke domestic airport, AUD$15.90/adult dan AUD$ 11.40/child. Mahalkannn.. tiketnya untuk 20 min journey ? Sebab itu termasuk kena bayar gate fees airport tauuu...


Kami turun di domestic airport dan terus berjalan ke terminal 2 yang khusus untuk Qantas flight sahaja. Kira special utk Qantas guests jer..Tiket Sydney-Melbourne ni dapat pada harga AUD$59 seorang..Kalau ambik train Sydney-Melbourne, harga tiket AUD$115 seorang..jauh lebih mahal, dah lah hampir 8 jam journeynya.


Sampai di Melbourne, hampir jam 1 tengahari, awal 15 minit dari sepatutnya. Oleh kerana domectic flight, maka tiadalah pemeriksaan kastam dan sebagainya. Tak sampai 10 minit turun dari k/t, dah selesai kami ambik beg. 


Untuk pengangkutan dari Tullamarine airport ke Malaysia Hall Melbourne, kami dah ambik airport transfer. So, kami menunggu Hamzah yang dah janji nak ambik kami di airport. Hamzah ni ialah pelajar Malaysia yg dah habis belajar di Melbourne dan terus bekerja di sana. Dia usahakan restoran di Melbourne central di La Trobe st dan juga buat private tour. Nanti, I bagi email Hamzah ni ye....

Dalam 1/2 jam menunggu, Hamzah pun sampai. Kami terus ke Malaysia Hall. Sementara menunggu penolong warden sampai, Aznil chef kantin MH tu tanya apa kami nak makan. Sebabnya, dia boleh masakkan untuk lunch merangkap minum petang. Alhamdulillah...sedap bihun goreng dia dan harga pun murah jer AUD$5 seorang.


Selesai urusan check in dan kami angkut barang barang semua ke bilik. Solat dan makan dulu lepas tu..... ish ish ish takkan nak lepak kan bilikkan ?? Kami terus keluar. Selepas dapat info dan kad myki dari Hamzah. Kami terus menapak ke tram station no. 28, taklah jauh dari MH, dalam 10-15 minit menapak jer. Bnyk tram lalu di station no.28 ni berbanding kalau menunggu di station no.27 yang lebih dekat dengan MH.

Malaysia Hall Melbourne
Sampai di tram station, first thing ialah top up myki kad. Sebenarnya kena beli dulu myki kad ni sebelum boleh top up duit. Kalau tak salah AUD$6 satu kad. Tapi yang kami guna ni, Hamzah dah bagi myki kad orang sebelum kami, maka kami just top up duit jerlah. Bagus Hamzah ni, bila I tanya nak beli kat mana myki kad, terus jer dia bagi 2 myki kad adult dan 1 myki kad child. Akak top up duit dia jer.... ahakss...I likeee !!



Sedang top up duit dalam myki. Mesin ni ada di kebanyakan tram station.
Kami naik tram no. 16 dan turun di station no. 13 iaitu di Flinders street station. Banyak tram yg akan melalui Flinders street station ni...


Ni Tram  di station no.13, di hadapan Federation square dan Flinders street station...
Sampai di  station no. 13, kami turun dan terus ke tram station di Flinders st. pulak sebab nak naik free city circle tram iaitu tram no.35. Maklumlah...hari pertama di Melbourne, baik kami tour city dulu dgn free tram ni sambil lihat lihat pemandangan sekeliling. 

Tram 35 ni ialah free city circle tram. Tramnya berwarna maroon dan nampak macam tram lama gitu..Boleh dapatkan laluan free city circle tram ni di mana mana info cnter atau download jer dari website...

Ni tram route..lengkap dgn no.tram. Boleh download dari sini.
Square route yg tengah tengah tu ialah free city circle route..

Tram city circle ni ambik masa hampir 40 min-1 jam untuk 1 pusingan trip ni. Banyak tempat tourist attractions yg berdekatan dgn laluan city circle ni..Memang sangat untunglah....



Habis satu pusingan tram tu, kami turun semula di Flinders street station. Cadangnya, nak ambik tram ke Luna Park, St Kilda...tapi CK buat hal pulak. Sebab masa dalam city circle tram tu, CK tertidur. Makanya bila kami turun dari tram dan dia terjaga, moody lah...So, kami terus jalan jalan kat tepi Yarra River pulak iaitu di belakang Federation square.


Yarra river....activity berkayak sedang berjalan..





Yarra river..




Waktu ni jam 6 petang...orang ramai baru habis kerja ...



Ni ...di bahagian belakang Federation square, yang mengadap ke Yarra River




Ada pulak aktiviti camni...lekalah CK menengoknya..



Pemandangan langit biru....Syukur cuaca elok di Melbourne..




Ada playground di sini....hahaha...terus pulih mood CK !!


Hampir 1 jam di area sini dan mood CK pun dah pulih, maka kami teruslah ambik tram no. 16 dan menuju ke St.Kilda. Memula kami turun di Luna Park dulu, niat hati nak masuk ke Luna Park dulu, kasi CK enjoy main, sekali tu tengok dah tutup !! Kami terlupa masa dah "lari" sebab dah spent masa di tepi Yarra River tadi. Tak per lah...



Entrance di Luna Park, Melbourne

Kami hanya berjalan jalan di St.Kilda beach, masa tu dah jam 7 petang...


Dah sampai di St.Kilda Beach..masa ni jam 7 petang..






Mengejar merpati di St Kilda Beach..



Brooklyn Jetty @ St Kilda..




Ahakkkksss.... sampai terlentang CK bergambar..



Artist ni dgn sand castle, siap nyalakan lilin lagi...

Kat St.Kilda ni, tempat kira wajib bergambar mestilah di St.Kilda pier. Maka, kami pun berjalan perlahan lahan menyusuri pantai...untuk mencari di manakah St.Kilda pier tuuu...





Tempat wajib pergi di St kilda ni,  St Kilda pier...



Cantik view di St Kilda pier...menjelang sunset.


Kalau sesiapa yang nak menuju terus ke St.Kilda ni, lebih baik turun di tram station no.36 iaitu St.Kilda Esplanade, tak payah menapak jauh jauh...kecuali kalau nak enjoy menikmati pemandangan tepi pantai yang cantik...




Di  tram station no.36  St Kilda. Masa ni dah jam 8.40 malam...

By the time kami nak balik ke MH, masa tu dah jam 8.40 mlm, tapi oleh kerana masih cerah so, lampu lampu kat pier tu belum dinyalakan. Kalau tak, view malam di situ mesti lagi cantik. 

Kami tak larat dah nak tunggu, perut pun dah berbunyik. So, kami ambik keputusan balik ke MH semula. Gembira rasa hati sebab cuaca di Melbourne yang cantik...tak lah mendung je macam di Sydney...

Esoknya, plan ke Philiph Island pulak.....tak risau apa apa sebab Hamzah akan ambik kami jam 10 pagi. Ohhh...best aaaa....tak payah tukar tukar tram train bagai !!!! 

Harap harap cuaca cerah...bolehlah CK main kejar kejar dengan kanggaru, tengok penguins jalan terkedek kedek..hahaha..


16 comments:

  1. i luv melbourne...sy termis nk pi jetty tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suka melbourne zila...rasa macam banyak tempat nak explore !!!

      Delete
  2. Wah..bestlah..kalau mcm ni JM pun nak ambil servis dari Hamzah ni jugak lah..nanti akak bagi email dia tau..update dalam blog..mana tahu ada rezeki JM nk ke sana...berangan tak habis2 kan heee

    Oh Melbourne ..wait for meee ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaksss....tak lama lagi sampailah JM ke melbourne tu. Nanti akak tulis email Hamzah tu yee...

      Delete
  3. ooo itu malaysia hall kat sane ye kak...selalu dgr org cite jek, dpt pun tgk gambarnye...senang utk org malaysia dtg kesane kan kak.....

    teruja lieya tgk tram die..kemasnnye lahaiiiii...mcm teratur jek tgk sistem pengangkutan kat sane....sonok dpt jalan2 tgk bandar sambil naik tram....bersih jek suasana kat sane kan.....cantik tgk rumput menghijau sepanjang jalan tuh....

    lieya suke tgk pic CK kat sg kilda beach tu...jinak betul merpati tu....tak lari pun...dah biase agaknye terima kunjungan pelancong kan kak....

    x sabar plak nak bace pengalaman kat philiph island tu kak...mesti best kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik tempatnya lieya...Akak suka tengok bangunan kat melbourne yang unik. Tram dia bersih, kekerapan tinggi dan on time. Payah kot nak jumpa public transport cam tu kat Malaysia

      Delete
  4. cantiknyer view kat sini...tram tu menarik sangat..gambar2 kat pantai tu bestnyer kemain kreatip lagi artis tu sand castle siap berlampu bahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lizz...akak pun suka view kat melbourne

      Delete
  5. kreatif sungguh mamat tu wat istana pasir siap dengan lilin bagai, mesti ada pakai alat ke apa ni...

    ReplyDelete
  6. Menariknya..serius, teruja sangat tengok pic tu semua..
    ita, fm tu saya dah terima..timakasih bnyak2 ya..comel sangat..sayang ita ketat2..hihi

    ReplyDelete
  7. Menariknya..serius, teruja sangat tengok pic tu semua..
    ita, fm tu saya dah terima..timakasih bnyak2 ya..comel sangat..sayang ita ketat2..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn MP..

      Lega fm tu dah selamat sampai kat MP..sayang MP jugak..hehehe..

      Delete
  8. Boleh tak minta email encik hamzah ..anak saya akan belajar ke melbourne bulan ni.

    ReplyDelete
  9. Boleh tak minta email encik hamzah ..anak saya akan belajar ke melbourne bulan ni.

    ReplyDelete