MISS NUFFNANG

Wednesday, October 24, 2012

Pulut Periuk Kera..

Pernah dengar dan tengok periuk kera ? 

Masa I kecik kecik dulu, kat kampung emak di Masjid Tanah, Melaka, periuk kera ni digunakan sebagai bekas untuk menanak pulut. Masa tu, periuk kera ni cari kat dalam hutan di tepi kampung kami.


Sekarang ni, masih ada periuk kera, tapi yang dijual di pasar atau beli dari  org kampung yang rajin masuk hutan dan mencari periuk kera ni. Yang kami dapat ni pun, mak teh I yang bagi, masa kami ziarah dia raya tahun 2011 dulu. Kami simpan jer periuk kera ni dalam peti ais, dah setahun simpan baru nak masak pulut periuk kera ( mak aiiii ....lama tunggu, semata mata mak I nak pastikan semua adik beradik berkumpul dan dapat rasa benda ni...hehehe..)

Ni rupa periuk kera yang dah dikeringkan. Mula mula kenalah bersihkan dulu perik kera ni dan pastikan ia tidak bocor. Sebab kalau bocor dah tak boleh digunakan lagi


Pulut digaul dengan santan dan sedikit garam...buat macam kita menanak pulut dalam periuk. Lepas tu, letakkan beras pulut dan santan ke dalam periuk kera tu...jgn penuh sangat pulutnya, hanya setakat 3/4 bekas periuk kera. Pastu, penuhkan dengan santan. Sebab tu kena pastikan periuk kera tu tak bocor..

Dah letak pulut dan santan , periuk kera disusun pulak di dalam pengukus.. 



Bersedia untuk dikukus...

Pulut yang dah masak..

Bila nak makan, kopek atau siat jer periuk kera tu...dan makanlah pulutnya. Kalau tergigit periuk kera tu, jgn takut tak patah gigi sebab dia macam daun kering jer..

Sedap dimakan bersama dengan rendang...hehehe...

Sebenarnya pulut periuk kera ni kami masak masa bulan syawal dulu...Tapi biasalah kan...gambar terpendam dalam kamera jer. Dah nak aidiladha, baru buat entry pasal citer ni..


Sebut pasal kampung I kat melaka tu, maka nak tempek gak gambar rumah kampung yang dihuni oleh bapa saudara dan keluarga..

Biasalah rumah melaka...bertangga batu..

Menggamit nostalgia zaman kanak kanak dulu..

Rumah ni bersebelahan rumah bapa saudara.... reput dan tunggu masa nak roboh...

Tak sah lah gambar kalau tak de gambar budak kecik ni.
CK enjoy berlari mengejar ayam...CK ingat ayam tu macam  anak kucing kot !!

Selamat berpuasa sunat pada hari arafah dan selamat menyambut hari raya Aidiladha...


15 comments:

  1. bestnye kak.....teringin plak nak rase ....tgk berlemak2 santan tu, terliur lieya...lieya tak penah mkn tapi penah tgk dlm tv...mmg meleleh laa tgk .....lagi2 akak letak pic rendang tu....adoiyai kak!!! dah mood raye ni heheeheheeh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai...sorrylah lieya. Hehehe..dah mood cuti raya

      Delete
  2. Rumah kampung hubby kakak di Batu Pahat ada style Melaka ada tangga. Jadi tempat kami selalu posing kalau hari raya rozi... duduk bertingkat macam di stadium hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka berposing kat tangga tu...duduk bersusun bertingkat hehehe...

      Delete
  3. sekampung la kite yee...
    kakain melaka jugak..kat alor gajah...

    ReplyDelete
  4. pertama kali tengok pulut dalam periuk kera tu...terliurnya..!!!

    p/s...cantik rumah brtangga batu tu...

    ReplyDelete
  5. Sekali tengok macam lemang pun ade... Tapi, periuk kera tu seingat sy tumbuhan yg makan serangga kan? Nasib baik di cuci dulu sebelum guna. Mmg kreatif... :)

    ReplyDelete
  6. Salam aidil adha ita.....x pernah rasa pulut dlm peruk kera ni lg. Cntk ye rumah kg lama. Kalau di varnish balik kayunya mesti lg cntk!

    ReplyDelete
  7. Saya pernah makan juga. tapi tak pernah tengok cara dia buat. Macam ni yea. Terima kasih perkongsian ini.

    ReplyDelete
  8. wah.. memang unik la... slalu guna daun palas aje... tp periuk kera susah nak jumpe skrg..

    ReplyDelete
  9. Aw, this was an incredibly nice post. Taking the time
    and actual effort to create a very good article… but what can I say… I hesitate a lot and never manage to
    get nearly anything done.

    my site: goji pro

    ReplyDelete