MISS NUFFNANG

Wednesday, December 4, 2013

Australia : Sydney Day 2. Wet Wet Wet..

Pagi hari kedua ni..nampak mendung aje cuacanya. Hari pertama dah kebasahan di Sydney ni, tak taulah nasib kami di hari kedua ni. Mujur stroller CK dan kasut kami sempat kering ...syukur jugak kalau tak, pening kepala oooo.......


Selepas breakfast nasik lemak Brahim's dan kari ayam Brahim's, kami memulakan langkah menapak ke Sydney Tower Eye, yang terletak 300m dari hotel kami. Tiket dah beli siap siap online utk 2 dewasa dan 1 kanak kanak AUD $48 , jimat AUD$19 berbanding kalau beli tiket kat kaunter. Kami sampai tepat jam 9 di kaunter untuk masuk. Tunjukkan print-out tiket dan kad kredit yg telah diguna utk beli tiket tu..barulah dapat masuk ke dalam. Kami tak ambik Skywalk..iaitu jalan kat luar tower tu...ngeriiii weh !!! Kat luar tower ni dah  mulai hujan...Sebelum ke tempat meninjau ke luar tu, kami tengok 4D cinema... ala ala macam burung yg terbang tinggi sambil tengok pemandangan bandar Sydney dari udara.


Sydney Tower Eye..

Action jer ambik gambar ni, masuknya tak...
Pada kami, sama jer aquarium ni dengan Aquaria dan Blue Coral Aquarium kat KL

Tak masuk jugak ke zoo ni. Lebih baik pergi ke wildlife park..



Tak masuk jugak ke Madame Tussauds ni...Sebab dah masuk ke Red Carpet kat I-city, Shah Alam tuuu..


Kaunter utk dapatkan tiket masuk  ke sydney tower eye.


.
Ahakkssss.....pandai CK berlakon...


Layan 4D cinema dulu...


Meninjau keluar...Mendung jer cuaca kat luar tu..nampak la Sydney opera house..


Jelas nampak cuaca mendung di luar..Harbour bridge nampak kelabu je..



Kalau tak salah ni lah Archibald fountain..Ni, pandangan dari Sydney Tower eye..



Nampak jelas kapal layar ni dari sydney tower..





Kalau nak ambik skywalk ni, ada bayaran lain pulak dikenakan..




Diaorang ni tengah bersedia untuk Skywalk..


Rancangan asal selepas Sydney Tower Eye, kami nak ke Archibald fountain pulak..tapi memandangkan hujan yang kejap lebat kejap renyai renyai, maka kami batalkan plan tu. Takut kalau hujan lebat, kat mana pulak nak berteduhkann...




Dari Sydney Tower tu, kami menapak sepanjang Market street terus sampai ke George street. Cadangnya nak tunggu bas 555 free city shuttle ke Circular Quay. Kami tunggu bas di Queen Victoria Building stn. Rezeki kami...ada pulak hamba Allah yang tertinggal payung kat bas station ni...kami pinjam dulu ye, nanti sebelum gi Melbourne kami akan letak balik payung tuuu !! Ramai pulak orang naik bas 555 tu... Circular quay memang tempat wajib pergilah kalau ke Sydney. Di situlah terletaknya Sydney Opera House dan jugak Harbour Bridge sebagai landmark Sydney..


Sampai di Circular Quay, hujan tengah turun dengan lebat. Nasib baik dapat berteduh di kaki lima kedai kedai kat situ. Hubby je sensorang gi ambik gambar. I tunggu CK sebab Ck dah terlena dalam kesejukan di  atas stroller dia....hurmmm. 



Harbour bridge...hujan di sini...




Sydney Opera House....bergambar dengan berpayung jugak...





Payung tulah payung jumpa kat QVB station...maka sepanjang 2 hari tu,
kami memang gunakan sepenuhnyalah payung ni....CK lena dalam kesejukan. 


Hehee......celebrating our 16th anniversary here....Thanks hubby !!


CK dah bangun tidur...Ceria..




Gelapnya awan kat atas tu...





Berhampiran the Rock, dekat dengan Harbour bridge..

Plan asal dari Opera House, kami nak ke Botanic garden tapi terpaksa cancel sebab cuaca yang tak menentu. Risau kalau hujan turun lebat, man pulak nak cari tempat berteduh. Maka kami menapak ke The Rock, satu kawasan yg terdapat bangunan2 lama kat Sydney. Ambik peluang post postcade di sini..



The Rocks...

Selepas penat pusing pusing area sini sampai dah taktau nak buat apa dah, hubby nak ke Paddy Market semula sebab ada souvenir yang tak sempat beli katanya. Jadi, naik free shuttle bus no.555 dan kami turun di Chinatown station. Masa tu perut dah agak berkeroncong sebab dah jam 3 petang. Hubby kata ada resto indon kat area sini (sebab dia pernah datang situ oktober hari tu) tapi dia tak boleh cam kat mana. Kami terus menapak memasuki chinatown dan sampai di penghujung chinatown tu, di seberang jalan kami nampak resto Malay Village...Alhamdulillah,... senang hati dah.

Kami order pineapple fried rice and chicken rice...kelaparan wehhh dah lah cuaca sejuk sebab hujan. Harga ??? Jangan convert RM ye...AUD$ 14.90 dan AUD 12.90. Portionnya agak besar jugak, last last nasik goreng tu tapau sebab tak habis.


Masih lagi hujan lebat.. CK dah berbungkus semula dengan rain poncho

Lepas makan, beli sikit souvenirs yang tak cukup kat Paddy market dan terus balik ke hotel. 


Petang tu, kami keluar menapak lagi. Tapi hanya untuk ke Queen Victoria Building. JariManis kata cantik tempatnya...hehehe.. 




Town Hall



Queen Victoria Building




Nasib baik time tu semua kedai dah tutup sebab dah jam 6 petang. CK hanya tengok dari luar cermin je ek !
























Hujan dah berhenti....Tapi sebab dah malam, balik bilik ajelah !!


Lepas habis jalan jalan kat dalam QVB tu kami beli barang sikit kat Woolworth supermarket, pastu tu terus menapak balik ke hotel. 


Walaupun hari ni hujan sepanjang hari, tapi kami terselamat dari kena hujan lebat sebab dapat berteduh. Cuma 2 tempat yg nak pergi dalam itinerary terpaksa cancel lah ...

10 comments:

  1. Tak best betul travel time Wet..wet ni kan akak..dah tak ada langit biru...huhuhu BETABAH Lahh

    16 tahun sudah? time tu JM masih di universiti..Kak Ita nampak muda...awek muda ni heee

    Macam mana akak..cantik tak view dalam QVB tu ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berTABAH je kami masa tu..
      Awet muda ??...hahaha..terima kasihlah puji akak ye...Aww perasan !!!!!
      Memang cantik QVB tu..Betul kata JM !!!

      Delete
  2. Walau hujan agenda tetap bejalan kan..sbb rugi kalau memerap kat hotel je...

    Bangunan QVB tu nampak sangat klasik... kan JM.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnnn En.mie...

      QVB memang cantik dan klasik...Betul kata JM !!!

      Delete
  3. malaysia tgh musim ujan...rupenye kat ausie pun ujan kak yeak...tapi alhamdulillah laaaa, berjalan gak akak sekeluarga.....seronok tgk gambar2 n bace cite akak....ck pun nampak hepi je.....cantik view kat sane kan kak...teratur dan bersih jek lieya tgk....cantik habour bridge tu....ade gak dgr kawan cite...die pun baru lik ausie....

    tu la kan kak, kalo pi negara org...nak beli ape2, jgn le convert duit kite...mau letak balik tak jadi belikan kak heheheeh...untung gak abang akak dah penah sampai sane...tau gak la sikit2 nak cari tempat makan....kalo tak mmgsemate2 kene pandu pada map ngan info dari gugel jek la kan kak....

    kak, lieya dah terima ole2 akak...alahai seronok hati lieya kak....mmg FM ausie tak byk lagi...dpt plak yg mmg tak penah ade dlm koleksi...hepi tak terkata hati lieya.....moga murah rezeki akak sekeluarga yeak kak......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn lieya..

      Ohhh..dah terima ye. Kalau bagi patung koala comel, takut tak muat masuk dalam sampul tuu....

      Delete
  4. Salam kenal..
    singgah cini dr blogger lieyalatif
    sronok baca crita akak g melancong
    bestkan...
    :)

    ReplyDelete
  5. singgah sini juga dari blog Lieya latif...
    memang suka baca blog kaki travelni.. macam blog JM jugak...
    macam-macma benda baru yang tak penah tengok boleh ditengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah zila...blog saya simple je. Cuma catatan perjalanan 3 beranak ke tempat orang. Blog JM lagi lengkap semua infonya..

      Delete