MISS NUFFNANG

Tuesday, October 11, 2011

Pusat Sains Negara, Bukit Kiara KL

Sabtu lepas, kami ke Pusat Sains Negara. Sebelum ni tak terfikir pun nak bawak CK ke sini. Tapi lepas hubby ke sini semasa seminar anjuran Unesco 2 minggu lepas, barulah kami pergi sini.





Rupa rupanya banyak jugak seksyen untuk budak budak 3 - 5 tahun cam CK ni. Kebetulan pameran dinasour dilanjutkan ke 31 Dis 2011. Bayaran masuk murah jer, RM8 (termasuk ke tempat pameran khas dinasour) seorang dewasa. Tapi pusat sains ni tutup pada hari jumaat.






Di pintu masuk ke Pusat Sains, ada kolam ikan.
Ikan ikan tu datang dan gigit gigit hujung jari...


CK tak takut langsung nak masukkan tangan ke dalam kolam tu..




Akuarium lebih besar menanti pengunjung sebaik masuk ke dalam...



Light and sound...



2 ekor dinasour besar menanti di bahagian dalam ...lengkap dengan bunyi dan pergerakan.


CK ketakutan...tengok la gigi dinasour tu ! Dah la sound effect dinasour tu kuat..




Di tingkat 1, ada ruang khas untuk pameran dinasour. Lebih banyak dinasour dipamerkan. Tapi suasana kelam jer kat dalam tu dan bunyi effect dinasour yang kuat...




Lebih banyak dinasour kat ruang khas ni...



Ruang khas untuk kanak kanak below 4 yrs old...tempat favourite CK nih !
  

CK berebut bola ngan budak budak taska yang kebetulan datang satu rombongan..


Ala comeiii....CK menetas dari telur..kih kih kih..

CK berebut bola ngan anak mat saleh pulak..



Air bounce....hairan plak I nape CK takut nak masuk dalam net tu?? Selalunya dia suka lompat lompat nih !


Cam pandai jer CK tu nak susun square or triangle...


Dinding interaktif....Bila CK sandar jer kat dinding tu, bunga bunga tu akan keluar.


Best kat sini....boleh tersesat kat dalam tu
 
CK berlari gembira dalam Maze of Mirror tu sambil tangan dia meraba-raba cermin....
tiba tiba kepala terhantuk dinding, terus mintak didukung...

Sini kat Kids World....sesuai untuk kanak kanak tadika rasanya...


Nak cuba jugak....
 


Kat ruang Kids World ni banyak permainan yang menguji minda si kecil...

Puzzle dengan gambar dinasour...
Menyusun shape ke dalam tempat yang betul...

CK nyanyi :"Shape...shape...so many shape...oval and round and rectangle.."
Sambil duduk menyusun shapes tuu...




Kami habiskan masa hampir 3 jam kat Pusat Sains ni sebab CK enjoy dengan semua benda benda yang dia tengok dan sentuh....hands-on activities memang sesuai untuk sains.


Touch & Light......


Masa nak balik tu, hujan turun lebat betul. Kami pun terus ke cafe yang ada kat situ. Makanan yang dijual sedap dan murah. Tak rugi makan tengahari kat sini. Lepas tu terus balik rumah, tak payah nak cari tempat makan lagi...





8 comments:

  1. harus pegi ni...bwk anak2 kat situ...

    ReplyDelete
  2. Rose...

    Memang seronok.. especially kalau anak anak pun enjoy

    ReplyDelete
  3. Ainnoraini...

    Memang harus pegi U...sure anak anak seronok. Anak I yang kecik tu pun pandai ajak pegi lagi ke sana.

    ReplyDelete
  4. salam sis
    sy ada terbaca entry pasal Miri...Insyaallah nak kesana awal tahun depan.

    berminat nk dapatkn khidmat en hassan...masih simpan contact number dia x?kalo ada, email sy ye emytakeshi22@gmail.com

    terima kasih :D

    ReplyDelete
  5. salam kunjung balas..firstly,tq jenguk teratak saya...dan second tq bg info pasal pusat sains ni..nnti balik m'sia boleh jalan2 sini..rumah kami dekat situ je...tapi hanya penah pegi masa dulu2...huhuhu....

    ReplyDelete
  6. Emy..
    Thanks singgah. Lepas baca komen u, akak pun terus cari kad en Hassan tuh. Sori tak jumpa la...Akak baru pindah rumah, so rasanye dah terbuang namecard dia. Sori ek

    ReplyDelete
  7. Umi Khalish..
    Thanks singgah. Ohh..tak de kat Malaysia ye.

    ReplyDelete