MISS NUFFNANG

Thursday, October 13, 2011

Students Zaman Sekarang

Hari tu I tulis pasal anak I yang cam pandai jer ngan handphone kann walau umur belum pun 3 tahun lagi.


Kali ni I nak cerita pasal students kat kolej I. Memang la diaorang bukan budak sekolah lagi. Tapi oleh kerana handphone dibenarkan dibawa maka...sakan la diaorang ni bergaya ngan hp canggih. Yang paling tak boleh tahan, bila kita mengajar, diaorang ni dok sibuk baca sms atau taip sms. Ada yang besar kepala, siap pakai earphone untuk dengar lagu. I selalu cakap"You want to be treated like an adult, but you don't act like an adult."


Sekali dua I tegur la...tapi perkara yang sama masih terus berlaku. Exam dah dekat ni. So...semalam, kebetulan I ada kelas amali ngan diaorang ni 2 jam. Dan masa tu digunakan untuk workshop soalan. Jadi...sebelum I mula kelas, I mintak diaorang letakkan hp masing masing kat depan meja. Lepas tu baru I mula kelas.

Ha ha ha...suspen jer diaorang, sebab ingat I nak laporkan ke HEP




Tengok tu...siap ngan earphone. Kalau dah dengar lagu, cam mana nak dengar cikgu mengajar??


Ada blackberry tu !...huhuhu...I pon takpakai blackberry

Bila I ambik gambar semua hp tu, baru la tak de sorang pon yang berani usik hp tu selama hampir 2 jam. Semua fokus dengan apa yang diajar. Takut kalau I lapor kat HEP. Ermmm...dah buat salah, memang la takot.


Berjaya jugak taktik I nih. So, next semester, kalau jadi lagi problem yang sama, boleh la I guna taktik ni lagi.

6 comments:

  1. tindakan yg bijak nmpknya..berhasil tu.. :)

    ReplyDelete
  2. zeta...
    tu la, nasib baik taktik I menjadi nampaknya.

    ReplyDelete
  3. wahh...baguslah u wat mcm tu.
    mcm seronok plak tgk hp student yg mcm2 jenis tu...kalah kami yg bekerja ni. Untung2 student skrg kan...

    ReplyDelete
  4. Dugaan juga bila berdepan dengan kecanggihan teknologi ni. Namun minda manusia lagi canggih. Macam idea Zie tu. Psikologi pun penting. Teruskan mendidik...

    ReplyDelete
  5. Leez...
    Terkejut tengok Leez singgah kat blog I..tak sangka U. Thanks singgah.
    Kalau tengok hp diaorang, memang lebih canggih dari hp kita yang berkerja ni. Untung anak zaman sekarang sebab parents mampu belikan.

    ReplyDelete
  6. Dila..
    Ajar budak besar memang perlu pakai psikologi. Walau dalam hati tengah marah sangat...tapi otak kena cepat cepat fikir cam mana nak 'ajar' diaorang.

    ReplyDelete