MISS NUFFNANG

Sunday, January 1, 2012

Singgah di The Zon Johor Bahru dan Johor Premium Outlets

Dah habis bercuti 2 hari di Spore, tiba la masa nak balik ke KL semula. Tapi ada 2 tempat untuk singgah iaitu The Zon JB dan Johor Premium Outlets di Kulaijaya.


Sebelum tu, untuk breakfast, kami singgah di Restoran ZZ di jln Mahmoodiah, berhampiran hospital Sultanah Aminah, JB


Laksa Johor...i likeee sedap

Rojak.... pagi pagi dah ada rojak kuah kacang


Mee rebus .... o.k laaa..


Habis breakfast, my sis ke rumah MIL dia dan hubby pulak nak ke The zon di Stulang Laut.Ni adalah shopping complex bebas cukai, so hubby nak beli rokok dia sebenarnya dan boleh beli coklat. Harga mahal sikit dari kedai bebas cukai di airport, tapi masih lebih murah kalau dibandingkan dengan supermarket biasa

Kedai coklat dalam The Zon..

Selesai di the Zon, kami menuju ke plus highway iaitu exit di Kempas.
Tak jauh dari the Zon, kami nampak nelayan menjual hasil tangkapan di tepi tebing. Bot mereka ditepi tebing tuu.. Emak cakap mesti hasil laut yang segar dijual, tapi kami tak boleh bleh beli sebab tak de tong dalam kereta.

View di Stulang Laut, seberang tu ialah Spore..


Pas masuk plus highway, kami terus menuju ke exit kulaijaya (kalau tak salah exit 253). Dari tol lagi dah ada papan tanda ke Johor Premium  Outlets. Masa kami sampai di sini jam 11.30 pagi.




Masa tu, orang punyalah ramai, tempat parking yang luas tu boleh hampir full. I terpaksa beratur bayar parking dulu, rm3 per entrance, sebab takut bila nak balik nanti, q lebih panjang

Antara outlets yang ada di sini....
I tak minat nak pergi banyak tempat sebab memang dah idamkan nak masuk ke Coach outlets. . sekali bla sampai kat Coach, tengok orang beratur panjang. I sangkakan tak bukak lagi kot kedainya. Rupa rupanya q itu untuk orang nak masuk ke dalam outlet Coach. Hadoiiii....sebab memang nak masuk sangat terpaksa la I beratur... 



Huhuhu...panjangnya qqqqqqq.....

Wahhhh cantiknya handbag Coach nii

Ada 3 outlet untuk Coach ni dan digabungkan jadi satu. Tu yang orang beratur punya ramai nak masuk sini. Harga handbag Coach  memang agak mahal tapi kat sini ada diskaun. Macam hndbag yang I beli ada diskaun 30% lagi. Kalau nak ikut, harga kat outlet ni masih lagi mahal kalau dibanding dengan di US, tapi harga dia lebih murah berbanding dgn di Coach outlet kat Pavillion.

Di kaunter bayaran Coach....ermmm hehehe...I dah berkenaan satu handbag ..



Terasa penat betul beratur tadi. So, I tak larat dah nak ke kedai yang lain. Hubby ada gak masuk ke Burberry, Guess dan Samsonite tapi mujur tak de yang dia berkenan hehehe...selamat !


Tu dia...mama paperbag Coach...


Ramainya orang... yelah semua orang datang pada public holiday.


Lepas tu ingat nak lepak kat tempat makan...tapi kami cancel sebab semua tempat penuh, dan nak beli makanan pun q panjang. Akhirnya, kami decided berhenti kat R&R Machap untuk lunch.


Untuk sesiapa yang suka shopping barang branded, JPO ni memang sesuai la sebab harga lebih murah. Tapi jangan terpedaya..barang branded takkan lah harga dia tersangat lah rendah kannn..??? Jadi, pastikan harga yang ditawarkan sepadan dengan mutu barangan tu...

10 comments:

  1. itu hari pun sue singgah PJO pun ramai org duk Q nak masuk Coach..sale kaw kaw agaknya..

    ReplyDelete
  2. Sue...
    Diskaun memang banyak sue..tapi itulah..reganya yang tak tahan walaupun after less.

    ReplyDelete
  3. wah kak ita.. shopping gitu.. last week balik johor..nk gi gak.. tapi tk berkesempatan.. isnyaallah next time balik kempas leh gi ni...

    ReplyDelete
  4. Liza Hashim..
    Ohh kg liza kat sana ek ! Boleh la singgah. Tapi akak rasa weekend atau public holiday memang ramai orang la kat JPO tu.

    ReplyDelete
  5. dah pergi gak... memang best tapi tuler ramai betoiler orang dan tempatnyer agak panas tak berapa selesa tapi kalau dah ada idaman di hati bolehler masuk terus kedaitu senangkan....

    ReplyDelete
  6. skrg ni sale merata2... adeh... x boleh nk shoping skrg ni... kena cut cost skrg ni... hhee

    ReplyDelete
  7. Cho Zila..
    Salam kenal. memang tempat tu panas giler..tapi sebab dah berkenan punya pasal terpaksa la ..


    Dalila Hamid..
    Betul tu dela, sale merata kena kuatkan hati ni. kalau tak cam ner nak save budget nak gi melancong, hehehe.

    ReplyDelete
  8. premium outlet tu ada murah mcm bandung ke????

    ReplyDelete
  9. Ibuhani..
    Saya rasa barang kat bandung jauh lebih murah tapi kualitinya ada sikit kurang la. Contoh macam jeans Louise yg hubby beli kat bandung tak selesa nak pakai. Tapi kalau akak nak kain baju, telekung bersulam, memang best beli kat bandung. Saya belikan emak spsg telekung bersulam penuh, dalam rm60 jer, tapi telekung yang sama dijual di kat kl rm 180.
    Tapi kat johor premium outlets pulak, ada gak barang yang mahal harganya tapi kualiti agak kurang sikit.

    ReplyDelete
  10. Nape tak beli di singapore, lebih murah

    ReplyDelete