MISS NUFFNANG

Monday, December 24, 2012

Medan Trip -Day 2 Samosir Island And Sipiso-piso

Pagi hari kedua, kami  pergi ke Samosir Island. View dari tingkap bilik memang sangat cantik menghadap ke danau toba ni pada waktu pagi...

CK dah excited nak naik feri, tak sabar sabar lagi...Kami naik feri dgn sekumpulan  pelancong dari Jakarta. Kebetulan cuti panjang Awal Muharram, tu yang ramai local tourist jugak. Bagus jugak, riuh rendah puak puak ni...Oleh kerana mereka ramai, maka feri datang betul betul ditepi hotel untuk ambik kami.

Di tepi hotel...terdapat pelantar supaya feri boleh datang untuk ambik pelancong







Feri menuju ke Samosir Island yang terletak di tengah danau toba





Ada tugu di jeti Samosir island ni, menunjukkan ada beberapa suku kaum batak, seperti batak toba , batak pakpak..Peta kat atas tu menunjukkan samosir island di tengah danau toba. Besar betul samosir island ni, lebih kurang sebesar Singapura

Perjalanan dgn feri dari hotel ke samosir island ni ambil masa hampir 40 minit. Cantik pemandangan di sepnjang perjalanan. Dalam hati tak habis habis memuji kekuasaan Allah... bagaimana samosir island ni wujud / timbul hasil dari letusan gunung berapi. Subhanallah...

Kami menuju ke kg Tomok dahulu (teringat penyanyi nama Tomok...). Jauh jugak berjalan dari jeti ke kawasan perkuburan ni. Kita melalui deretan kedai kedai dahulu sebelum sampai ke perkuburan King Sidabutar...

Kubur King Sidabutar dan kaum kerabat dia....

Simbol orang batak: cicak, breast....CK siap mengira: "one two three four coconuts"
dgn kuatnya...hahaha malu mak !!


Sedang memilih souvenir yang berkenan...





Ni view dari feri, semasa kami bergerak dari kg Tomok ke Ambarita pulak


Kami sempat belikan topi ni 20 000rph di kg tomok. Spek pink tu beli kat tepi jeti 10 000rph jer

Best jugak shopping kat kg tomok tu, segala macam souvenir ada. Tapi jenuh tawar menawar harga lah...tapi overall, peniaga kat sini tak lah mendesak kita membelinya. So, rasa selesa lah cuma mereka merayu kita singgah beli "Buat pecah telurnya pak" Itu lah dialog diorng ni nak pujuk kita.


Habis di kg tomok, kami naik feri semula untuk ke ambarita, satu lagi perkampungan orang toba di samosir island ni. Di sini, kami dibawa ke stonechair, tempat persidangan dan tempat memancung kepala pesalah. Dari jeti, kami berjalan agak jauh dalam 500m cam tu, di sekeliling jalan deretan kedai kedai menjual barang yang hampir sama saja dgn kedai di kg tomok. Cuma keadaan agak kurang meriah....penjual pun nak tak nak jer panggil pelanggan. Tapi harga barang yang sama dijual adalah jauh lebih murah dari di kg tomok. Penjual letak harga pun dah murah, apalagi selepas ditawar...berbaloi beli di sini tapi pilihan agak terhad lah.



Welcome to stonechair in Siallagan Ambarita..





Rumah orang batak..


Aksi memancung kepala pesalah pada zaman dolu dolu...
 Cuaca agak panas terik kat sini, tapi seronok pulak dengar penerangan pasal orang batak yang pancung kepala, dan kemudian, badan pesalah tu dipotong potong dan diagihkan kepada orng kg untuk dimasak dan dimakan...


Jam 12 tengahari, kami kembali ke jeti untuk balik ke Perapat, iaitu di tepi hotel kami.


Ada persembahan nyanyian dari anak anak muda batak toba. Boleh tahan juga suara diaorg dan lagu pun pelbagai bahasa dinyanyikan...Habis nyanyi, mereka tadah topi minta sumbangan ikhlas dari penumpang. I pun bagi jugak..

 Sampai di jeti, kami ambik beg di lobby dan  terus ke kedai makan untuk lunch. Menu ??? Tentulah nasik padang !!!

Selesai lunch, kereta bergerak ke Berastagi, hampir 3 jam dari Perapat. Sepanjang jalan memang nampak pemandangan danau toba sehinggalah kami sampai ke satu kawasan rehat iaitu Simarjurunjung. Rupanya sini memang tempat tumpuan bas dan kereta berhenti rehat sebelum sambung perjalanan ke Berastagi. Di sini terkenal dengan teh halia dan goreng pisangnya...


Kami pun pekena jugak teh halia dan goreng pisang seketul...Di sini masih nampak view danau toba..

Selepas supir dah hilang penat, perjalanan diteruskan ke Berastagi. Sepanjang jalan banyak church di tepi tepi jalan, boleh kata setiap 1 km akan nampak 1 church kot..


Then, kami singgah pulak di air terjun sipiso piso untuk bergambar ..Kami agak malas nak turun dekat dgn air terjun tu, takut CK nak mandi nanti, tambahan pulak, jauh jugak nak menapak ke bawah.


Cantik kan view air terjun sipiso-piso tu...



Masih nampak view danau toba dari kawasan air terjun sipiso-piso...
 Akhirnya selepas berkereta hampir 4 jam, barulah kami sampai di Berastagi, iaitu di hotel Green Garden . Kawasan di sini agak sejuk, tambahan pulak kami sampai dah jam 7 petang. Hotelnya pun tak de aircond, so kami buka tingkap sedikit bagi masuk udara dingin.


Di depan hotel Green Garden..

Kami dinner di hotel saje....nama pun Green Garden hotel kan..so, ada 4 jenis sayuran, dan sup serta ikan sweet sour...Sedapnya rasa food dia... atau mungkin kami dah jemu dgn nasik padang...hehehe..


Tengoklah menu dinner kat atas tu...green garden je...
Sudah habis dinner, kami saje saje bawa CK ke swimming pool...geram jer CK tengok pool tu, tapi nasib baik dia tak nak main air sebab dah malam katanya. Bagus anak mak nih ! Pastu balik ke bilik ...lepak lepak sambil tengok tv. Letih betul sepanjang hari ni...memang kena tidur awal sebab esok kami jalan jalan di pekan Berastagi pulak !










17 comments:

  1. sipiso-piso?pernah dengar nama ni, bila tengok gambar, cantiknya! tinggi betul air terjun tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tinggi orga. Tapi kami tak pergi dekat dekat sebab tak larat nak menapak turun ke bawah tu..

      Delete
  2. Lake toba n air terjun tu cntk! Ada x resort dpn air terjun tu?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak de resort/hotel dekat area air terjun tu kak ani.

      Delete
  3. Cantiknya Biey kat sana..Subhanallah!!

    ReplyDelete
  4. subhanallah..cantiknye kak, tinggi betul kan kak air terjun tu....mesti menderu2 bunyinyer.....

    seronok dpt jalan2 sambil cuti mate mcm nie....rase mcm nak ajak cik hubby gi sini plak laaa heheheeheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik lieya. Kalau nak ke sana, bersedialah dengan perjalanan yang jauh dgn kereta dari satu tempat ke tempat yg lain..

      Delete
  5. Gelihati kakak bila Rozi kata CK siap mengira coconut tu. Kita malu tapi pada mereka itu tradisi tak ada rasa apa-apa.

    Gambar pun cantik macam boleh buat kalendar 2013 ni Rozi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...budak budak bukan tahu apa maknanya kakzakie, emak budak ni yang malu malu !!

      Delete
  6. salam..bole saya dptkn contact pak amir tu.. plan pergi medan bulan 9 nnt.. :) kalau boleh tlg emelkn pada sato17@gmail.com.. tq :)

    ReplyDelete
  7. TIPS MENCARI PAKEJ MURAH & SEWA KERETA ;
    MEDAN / DANAU TOBA / INDONESIA
    JANGAN TERGODA HARGA MURAH … !!!

     PLEASE MAKE SURE SYARIKAT TEMPAHAN PAKEJ TOUR / SEWA KERETA
     PLEASE MAKE SURE ADDRESS AGENCY PELANCONGAN
     PLEASE MAKE SURE TALIAN TELEPHONE AND FAX MAIL
     PLEASE ASK FOR SYARIKAT PERMIT NUMBER / LICENSED NUMBER
     PLEASE ASK FOR TAX NUMBER
     PLEASE ASK FOR INSURANCE KERETA ( KALAU SEWA KERETA SAJA)
     PLEASE CHECK AND RECHECK IN GEOGLE SYARIKAT OFFICE
     PLEASE WRITE INTO THE GEOGLE COMPANY NAME. FOR EXAMPLE : TIARA TOURS INDONESIA

    AT LEAST BUT NOT LAST , I WISH YOU WELCOME TO INDONESIA
    HORAS .... !!! HORAS .... !!! HORAS .... !!!

    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TAX NUMBER : 36 555 970 7 122 000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    ReplyDelete