MISS NUFFNANG

Monday, January 7, 2013

Medan Trip - Day 4

Hari ke empat  di Medan. Hari ni merupakan hari terakhir di sini.

Oleh kerana flight kami jam 9.15 mlm, jadi kami kena bayar 60 000 rph untuk late check-out. Aktiviti hari ni, di sekitar Medan aje atau lebih tepat, sekitar kawasan hotel aje.

Kami turun breakfast jam 8.00 pagi. Sarapan sedap pulak kat sini, so kami makan agak banyak jugak. Keluar dari hotel Antares, kami terus menghala ke sebelah kiri hotel dan menapak lebih kurang 300m untuk sampai ke Masjid Raya Al-Mashun. 


Di depan Antares Hotel, Medan



Menapak dari hotel ke Masjid Raya Al-Mashun



Di hadapan Masjid Raya Al-Mashun..








Kami bergambar di depan masjid dulu sebelum naik jejantas untuk ke seberang jalan. Berdepan dengan masjid raya ialah plaza Yuki. Tapi masa tu baru jam 9 pagi, plaza ni belum buka lagi. 

Kami jalan -jalan di tepi plaza ni, tetiba ada satu beca bermotor yg dipanggil betor berhenti di tepi jalan. Bapak tu offer kami pusing pusing kota Medan dengan bayaran 100 000 rph. Selepas pikir panjang, kami nak ke Merdeka walk ajelah. Famous merdeka walk ni bila waktu malam sebab banyak gerai makan. Bapak tu kata 30 000 rph lah. On the way, dia akan tunjukkan rumah cina peranakan yang dah dijadikan muzium.

Betor tu ada satu tempat duduk, so hubby duduk situ sambil pangku CK. I pulak ??? Hahaha...duduk bertenggek mengadap hubby dan CK. On the way tu, kami asyik gelak jer sebab ngeri dengan kenderaan lain.

Bayangkan I duduk bertenggek kat atas besi biru tu....mau bergegar seluruh anggota badan..hehehe.
Kat sebelah tu datang pulak betor yang lain offer beca dia. Masa ni kami dah sampai di merdeka walk..







Bangunan lama ni merupakan rumah cina peranakan yang kini dijadikan muzium..




Turun dari beca , singgah untuk bergambar jer. Sekali imbas macam dataran merdeka kita..

Balik dari merdeka walk, betor tu hantar kami balik semula ke Yuki Plaza. Masa ni, plaza tu dah buka dah.


Pasar raya Yuki...terletak bertentangan dengan Masjid Raya

Kami habiskan masa lebih 2 jam kat dalam Yuki plaza sebab ada tempat permainan untuk kanak kanak, sediakan ongkosnya...Pastu shopping baju ready made dan t-shirt untuk kami sendiri.


Terdapat tempat permainan di tingkat atas Yuki plaza ni...


Kami sempat membeli baju kat sini...harga berpatutan .
 Sebelum azan zohor , kami singgah kat McD untuk lunch. McD indon ada set nasik dan ayam goreng, jadilah tu untuk lunch CK. Dah kenyang baru kami menapak balik ke hotel. Sampai hotel, mandi, sembahyang, tidurkan CK dan kami pun mengemaslah beg...untuk menyumbat segala barangan yang dah dibeli. 

Supir datang jam 5.30 petang, lepas check-out, kami mintak supir bawa kami makan ke kedai makan bakso yang sedap. Maka, dibawanya kami ke bakso "Amat" ni. Memang ramai orang kat situ tengah makan, sampai terpaksa berdiri untuk menunggu tempat kosong...Sedap baksonya, tak rugi singgah tapi yang penting halal !!

Singgah di bakso "amat". Sedap baksonya dan  ramai orang sehingga terpaksa
berdiri menunggu tempat duduk yang kosong. Kami sempat jugak minum teh botol yang popular di Indon

Selesai makan, supir pun hantar kami ke airport. Awal kami sampai kat airport, tak pelah, sebab tak tau nak ke mana lagi. So, duduk buang masa main game ajelah. Lepas drop bag, ingat nak beli bika ambon kat kedai kat airport ni, tutuplah pulak. Melepas kami nak bawa balik bika ambon.Sebab semalam masa  singgah di bika ambon zulaikha, bika ambon dah habis.

Pelbagai ragam CK main game di tab...sementara menunggu flight balik..

Kami sampai di LCCT jam 11.40 mlm, begitu begini akhirnya jam 12.50 mlm baru kami masuk ke kereta dan balik rumah. Nasib baiklah rumah hanya 15 minit jer dari airport !!!.



14 comments:

  1. Sy suka bika Ambon Zulaikha tu...sedap sgttt.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap bika ambon. Lepas saya balik dari medan, ada kawan pulak ke medan. Memang saya kirim bika ambon ni, tapi dia beli bika ambon lia..., sedap jugak !

      Delete
  2. rumah kat LCCT , senanglah nak terbang.

    ReplyDelete
  3. hehe...tak boleh bayang kalau kena bertenggek dekat betor tu, mesti bergegar abis kepala otak semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu orga...tu yang kami asyik gelak jer, sebab hubby gelakkan sayalah ! Hahaha

      Delete
  4. Sangat seksa naik beca motor tu kan... Saya aritu tiga orang naik sekali. Anak duduk di belakang sebagi pembonceng.

    Yuki Plaza tu macam dah buruk dan kurang happening, tapi kalau Sun Plaza memang agak grand...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul mie...terseksa rasanya. Hubby saya pulak tak nak bonceng kat belakang. Tu lah lagi terseksa ..hehehe.
      Betul tu, Sun plaza memang jauh lebih happening. Alasan kami ke Yuki plaza ni sebab dekat sangat dengan hotel.. bolehlah ...to kill the time.

      Delete
  5. Besar gila rumah cina pernakan tu Rozi. Memang patut pun dijadikan museum. Kakak rasa ownernya dah tak larat jaga tu yg dijadikan museum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...mungkin betul tekaan kakzakie tuu..

      Delete
  6. Salam dari MSP
    Masa saya gi medan dulu tak sempat pun ke Yuki Plaza tu... tapi kami borong kek lapis

    ReplyDelete
  7. salam boleh saya tahu bagaimana nk booking tour guide

    ReplyDelete

  8. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

  9. Pick-up point area: Putrajaya, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

    Brownies ETA ✈✈✈ on 2 dec 2014

    Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

    Bika Ambon Zulaikha, Medan also available

    Place order or grab our limited supply now.

    WhatsApp/sms dazlina +60192633431

    ReplyDelete