MISS NUFFNANG

Tuesday, August 23, 2011

Simbah Asid Ke Muka Orang

Salam..

Tentu ada yang dah tahu tentang isu ini. Paling baru, di jalan Raja Laut, KL seorang pemuda disimbah asid semasa tengah tunggu kawan dia di luar tandas. Paling buat i takut, baru beberapa hari sebelum kes tu, i ada kat tempat yang sama menunggu hubby ke Sogo.  Ya Allah...kalau la kes ni jadi kat i, tak tau nak bayangkan cam ne...Dah la muka jadi cacat, silap silap haribulan, mata buta, telinga jadi pekak dan pelbagai lagi akibat buruk. Mangsa jadi sengsara akibat perbuatan orang sakit mental ni..


Tengok la muka pemuda ni, dari hensem terus menjadi cacat
 angkara perbuatan orang sakit mental



Ikut laporan Kosmo 20 Ogos ni, orang yang bertanggungjawab menyimbah asid tu telah ditahan. Tapi tak tau la orang yang betul buat atau sekadar orang yang disyaki. Apa hak kita sebagai orang awam kalau menjadi mangsa simbahan asid ???

Sebelum kes ni, dah banyak kes yang serupa berlaku kat Brickfields, KL. Mangsa selalu nye ialah perempuan. Sebelum tu pulak, kes yang sama berlaku kat Bangsar, berhampiran SK Bukit Bandaraya, mangsa nye ialah pelajar sekolah yang tengah tunggu bas nak balik rumah.So far rasa nye tak de lagi orang yang ditangkap.

 I jadi fobia betul la....Tapi kalau ikutkan rasa takut tu, tak keluar rumah la jawab nye kannn.. Apa la yang polis boleh buat untuk atasi masalah cam ni. Mungkin, boleh cadangkan undang undang untuk kawal penjualan asid kepada individu, pasang CCTV kat lokasi panas.

Bagi kita semua, kena lebih hati hati kepada mamat yang nampak mencurigakan...misalnya..tengok mamat yang tangan nye sentiasa dalam poket ke..., tangan mamat tu tengah pegang botol ke atau plastik berisi cecair ke...Semua tu kemungkinan yang boleh difikirkan. Semoga kita semua berhati hati...






11 comments: