MISS NUFFNANG

Thursday, September 22, 2011

Ke Afamosa dan Majlis Kahwin, Melaka Part 3

Pagi pagi lagi semua anak sedara dah siap mandi sebab nak gi breakfast. Tempat breakfast tu punya la jauh dari kondo, naik kereta pun 10 minit baru sampai ke Lake View Restaurant yang terletak hampir dengan Animal Safari.

Gembira nak breakfast..

Jauh betul menapak dari kereta ke restoran ni...Anak anak semua dah jauh ke depan..

Di pintu masuk ke Lake View Restaurant

Buffet breakfast...tapi tak banyak pilihan makanan..






Bergambar lagi selepas breakfast...

Habis breakfast, kami balik ke kondo nak mengemas barang dan tukar baju untuk ke kenduri kahwin. 


Nak keluar dah...semua dah tukar uniform..kecuali CK..
CK berkenan betul ngan air yang keluar dari mulut seahorse tuu..
Bergambar sementara tunggu hubby ambik kereta

Majlis kahwin tu kat Masjid Tanah Melaka...to be exact...Kg Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka. Ni la kampung I...tapi sekarang ni rumah atuk I dah diduduki oleh mak sedara yang lain. Dan rumah kenduri mak sedara I ni terletak dalam 50m dari rumah atuk. Dah banyak dah perubahan ...sawah padi yang luas dah bertukar jadi kebun sayur, kebun buah dan semak samun.


Seronok dapat jumpa semua mak dan bapak sedara, sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa.


Yang berbaju merah tu, keluarga pengantin...mak dan bapak sedara serta sepupu kami

Konsep retro tema rumah pengantin ni...merah dan hitam. Layan gambar gambar ek !
Cantik pelamin...tapi perasan tak apa yang tersangkut kat chandelier tu ??
Kasuttt !!! Agaknya petua supaya hujan tak turun kot...Hihihi lawak jer. Bila I cakap ngan one of my cousin, dia pon baru perasan kasut pengantin kat situ. Terus diambik kasut tu. Iya lah sebelum tetamu lebih ramai sampai dan nampak...


Nak jugak bergambar kat pelamin...


Tempat untuk makan beradap

Ahkak nak jugak bergambar ngan pengantin....

Ada satu benda unik yang I baru tengok kat majlis kahwin ni...Nanti i sambung citer lagi ek !

1 comment:

  1. dapat gula2 kapas lagi...sedaaaaaaaaap..

    ReplyDelete