MISS NUFFNANG

Thursday, November 10, 2011

Cerita Hubby Di LA (part 2)

Sambung cerita....


Tour bus yang hubby and the gang guna untuk tour tak payah aircond sebab suhu sejuk. Tak payah bumbung pun sebab hujan jarang turun.
Ada local tourist guide kat dalam tour bus tu. Mamat tu pakai smart siap tali leher. Bercakap tak henti…. Look At left side..there is……. Loook beside this building ……. Looook… Looooook…..Feninnnn dengar...



Lengang di pagi Ahad

Cina Town...sekali imbas macam Petaling Street aje..

Ni la tour bus yang hubby naik. Tingkat atas tak berbumbung, senang tengok pemandangan



Tour guide (ber tie) yang tak henti henti bercakap

Tour bus bawak ke first place...
Tempat konsert, macam panggung anniversari kat Tasik Perdana, KL

Hubby tunjukkan signboard HOLLYWOOD kat belakang tu..


Then, to the second place...
Hollywood Boulevard


Hollywood Boulevard.  Di sini tour guide beri masa 30 minit. Hubby sempat ke Hard Rock CafĂ©  di  Hollywood Street  utk beli 2 helai t-shirt untuknya, 1 utk I dan dua utk CK. Di sini juga hubby sempat bergambar pd Walk of Fame (Sharon Stone – Basic Instinct) .

Tour bus.... tapi hubby tak naik bus ni

Walk of Fame.... Sharon Stone (nape hubby pilih Sharon Stone ek ???)

Ambik gambar dari atas tour bus aje...




Bergambar ngan Shrekkk...kat tangan tu paper bag HRC dan paper bag Coach (hehehe..I punya la tuuu)

Hubby kata kat sini ramai org yang pakai costum mcm dalam filem yang popular seperti spiderman, superman, police,  shrek dll.   Kalau nak bergambar 1 keping 5 dolar. Pandai diorang cari makan. Seterusnya naik bas ke Rodeo Drive. Sepanjang laluan Tourist Guide sibuk cerita kiri kanan apa yg ada. Naik lemas Hubby kata. Kalau ada org cakap kuat …. dia suruh diam sebab ganggu dia nak cerita.

Hubby and friend at Rodeo Drive....Ingat tak filem Pretty Woman ? Kann ade scene kat Rodeo Drive. Tu yang hubby saje ambik gambar kat sini... nak buat I jeles la tu ! (Huhuhu..memang I jeles youuu..)


Tempat ketiga .....Rodeo Drive.

Di sini terdapat terdapat pelbagai butik terkenal antaranya Gucci, Channel, Louis Vuitton, Ferrari dan Cerruti. Hubby kata dia masuk outlet LV tapi tak beli apa-apa. Semuanya mahal ada  beg tangan latest edition lebih 1000 USD.  Apapun   hubby gembira kerana inilah tempat Julia Robert shoping dlm filem  ‘Pretty Women’. Hubby kata if dia ada 1 juta USD pun boleh habis kat sini….










Yang keempat. Farmer Market.

Kat sinipun dia bagi 45 minit sahaja shoppingwas2. Mula hubby dan rakan cari kedai makan sebab dah lapar. Apa lagi menu utama muffin,  vegetable sandwich and coffee starbuck. Kat sini hubby belikan hadiah yg I rasa terharu… Handbag Coach ……dan Minyak wangi Victoria secret….




Farmer Market...tempat shopping nih !
 
Yang kelima. Latinos Sunday Market.

Kat sini orang mexico conquer. Segala benda diorang jual….Hubby tak beli apapun. Hubby kata ada banyak benda pelik dijual seperti patung, tangkal dan lain-lain lagi


Seterusnya balik semula ke Hollywood Boulevard. Hubby and friend minta turun sini tak nak balik hotel  lagi ….Masa nie Hubby shopping lagi beli t-shirt yg murah ada tag Hollywood, fridge magnet , key chain….   Selepas 3 jam spend masa ubby balik dengan teksi ke JW Marriot (64 USD). Hubby kata kalau pergi LA tak tahu jalan tak pe..yg penting duit semua boleh… kalau boleh drive dan tahu jalan lagi murah…sebab sewa kereta murah dari tambang teksi……




Latinos Sunday Market..



 

To be continue...next entry, sambung pasal convention (jumpa Steve Jobs) dan Universal Studio Hollywood

2 comments:

  1. seronoknya jalan-jalan makan angin..tambah lagi bila ada yg sponsor :-)

    ReplyDelete
  2. Chik Na..
    Berjalan jalan memang seronok... lagi seronok bila di sponsor hehehe..Betul kata awak tu !

    ReplyDelete