MISS NUFFNANG

Thursday, November 17, 2011

Toilet Training For CK

Hari ni dan esok, I cuti so tak hantar la CK ke taska. Jadi I pikir nilah masa yang sesuai untuk melatih CK ke toilet. Disember nanti, CK genap 3 tahun. Tambahan pulak, CK ni mulut tersangat la petah bercakap. Mungkin mudah untuk I train dia beritahu nak ke toilet. I siap gulung semua carpet kat living hall letak kat tepi dinding, sofa semua tolak ke tepi dinding bagi ruang lapang (macam nak prepare kenduri plak !). Alasan I supaya mudah membersih dan mengemop lantai tanpa perlu basuh carpet.







Bermula CK bangun tidur, selepas dia mandi, I tunjukkan beg plastik Huggies yang dah kosong. I cakap  pada CK:  Pampers dah habis ni, cammane ! So, awak kena pakai spender aje (pengasuh di taska kot yang ajar sebut spender, sebab I ajar sebut panties).




Jam 11 pagi, I bawak CK ke toilet, nak suruh kencing. CK cuba cuba, tak de keluar. I pakaikan semula baju dan spender. 15 minit pastu CK terkencing berhampiran sliding door. Dah kencing, baru dia cakap: "Mama, nak kencing !". Pas bersihkan CK dan pakai spender baru, I pon mulakan kerja pembersihan lantai.



Jam 12 tengahari, I bawak lagi CK ke toilet, suruh duduk kat potty. Dia siap kata tak de kencing. Tak lama lepas tu CK terberak pulak kat sebelah pintu masuk rumah. I bersihkan CK sambil pujuk baik baik supaya pergi toilet sebelum terkencing atau terberak. Kerja pembersihan lantai kali kedua pun dijalankan.



Jam 1.30 p.m, I bawak lagi CK ke toilet untuk kencing. Selepas meneran, dia kata tak de kencing. 20 minit lepastu, CK terkencing kat sliding door, kali ni punyala banyak kuantiti nya. I pujuk CK baik baik dan bersihkan dia. Kerja pembersihan lantai kali ketiga pun dijalankan.



Jam 2.30 pm, I tanya CK nak kencing tak. Dia jawab, tak nak la mama. Tak lama lepas tu, CK terkencing kat depan kabinet tv dia. Kali ni, I marahkan CK dengan suara agak keras, siap bagi 2 -3 kali lepuk kat punggung dia. Dah tu, kali ni kencing dia banyak betul. Sambil bersihkan CK dalam bilik air, I cakap dengan suara yang agak keras sikit supaya dia tahu I sedang marah. Kerja pembersihan lantai kali keempat pun dijalankan.



Pas tu, I temankan CK tengok cd dia sambil tu I pujuk supaya bukak spender dan pegi toilet bila rasa nak kencing. I asyik ulang ulang ayat yang sama.


 Jam 3.30 pm, I tengok dia terkepit kepit macam menahan kencing. I suruh CK bukak spender dan masuk ke toilet. Tak lama lepas mencangkung, dia terus terkencing dengan banyaknya. Yang paling lucunya, sambil dia terkencing, siap cakap : Ye ye berjaya ! Ye ye berjaya ! I pun apa lagi, berbakul bakul lah memuji CK sebab berjaya kencing di toilet.. hihihi...



Jam 4 petang, bila I tengok dia macam  dah mengantuk aje, I ajak lagi ke toilet. Dan sekali lagi CK jerit :Ye ye berjaya! selepas dia kencing.






Huh ! Lega rasanya bila dia dah faham apa yang I suruh dia buat. Esok luas, entah apa la cabaran yang akan I hadapi dalam melatih CK ke toilet. Pengalaman hari ni memang memenatkan fizikal dan mental I. Tapi sesungguhnya pengalaman ini sangat manis untuk dikenang dan diceritakan apabila CK dah besar nanti. I rasa gembira CK belajar ke toilet melalui I dan bukan melalui orang lain. Alhamdulillah !




Kenkawan yang dah ada anak besar, tentu lebih banyak pengalaman tentang toilet trainning kannn ??

11 comments:

  1. pernah gak terfikir bila nk ajar Qaleesya tk perlu pakai diapers lagi.. berdebar gak nk hadapi situasi ni nanti.. but your entry ni leh dijadikan rujukan..thanks yek.

    ReplyDelete
  2. Ita buat k.ani tersengih2 baca entry ni.......jd mak mmg kena byk sabar! Apa yg keluar dr mulut mak tu sama dgn doa. Yg kena suara tinggi tu mmg betul tu! Kita kena byk main dgn nada suara bila ckp dgn anak2 ni. Tonasi menggmbrkan perasaan kita......x perlu guna tgn @ pukul kalau dia dh faham tonasi suara kita! Pukul biar bertmpt gitu.....slmt membesarkan CK dgn baik....... :))))

    ReplyDelete
  3. Liza..
    Bila sampai masanya, sure U boleh hadapinya lah. Tapi, serius cakap, memang penat gilaa..

    ReplyDelete
  4. Ibuhani..
    Membaca entry ni sure menggamit kenangan manis ye k.ani dengan the girls dulu...

    ReplyDelete
  5. akak... buleh tgk² clay baby kat LR gmbh :)

    http://www.facebook.com/pages/LR-GmbH/159085304190100

    ReplyDelete
  6. salam kenal....
    Bila baca ntry ni..mmng akak gelak sorang2....hehehhe teringat masa ajar anak ke toilet...atas karpet tempat dia orang melepas sbelum dapat ke toilet...dan shgga ari ni umah akak tak pakai karpet...fobia walaupun anak2 dah besar....

    ReplyDelete
  7. MulutPayau..
    Hehehe...begitu sekali penangan kesan nak ajar anak ke toilet. Macam mana la emak bapak kita ajar kita dulu kann?
    Terima kasih followwww

    ReplyDelete
  8. cahya schatz..
    Akak dah tengok kat facebook tu, berkenan la dengan clay art keepsake tu. Camne nak order ?

    ReplyDelete