MISS NUFFNANG

Wednesday, November 16, 2011

TPM Datang Ke Kolej

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran datang ke kolej I pada 10 November 2011 yang lalu. Beliau menghadiri majlis bersama pensyarah dan pelajar kolej matrikulasi seluruh Malaysia.





Pandangan dari depan pentas





Pandangan dari luar khemah



Nampak tak khemah besar tu ? Dianggarkan seramai 4000 orang di dalam khemah ni menanti ketibaan TPM.
Masa ni jam 3.00 petang


TPM sedang berjalan menuju ke pentas utama (sorry tak nampak dalam gambar )





TPM sedang berucap dan kemudian menjawab soalan dari pelajar
 
 Selepas majlis berakhir, ada pulak press conference di bilik tertutup yang dibina disebelah pentas utama.

Bila baca berita keesokan harinya, keluar headline :

"Wang bantuan kepada semua pelajar sekolah akan diagihkan mulai minggu depan".


Laaa...mana cerita pasal program matrikulasi ??
Adalah sikit jer. Itulah wartawan punya kerja, hanya siarkan berita yang ada commercial value aje...(iyo lah...mereka pun makan gaji jugak kannn).

4 comments:

  1. salam
    mengenai pertanyaan rozita tu...
    akak scan gambar lama melalui photoshop...rozita guna photoshop tak. Lepas tu baru boleh upload :)
    kalau ada apa2 nak tanya...nanti tanya di blog akak...apa yg boleh bantu akak bantu,InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Kak kasihredha..
    Thanks kak, nanti saya cuba. Saya scan melalui words je, patut la tak boleh kot.

    ReplyDelete
  3. chik na dah dapat wang bantuan tu hari nih :D

    ReplyDelete