MISS NUFFNANG

Tuesday, December 20, 2011

Melancong Ke Bandung Day 3

Agenda hari ke 3 ialah ke gunung Tangkuban Parahu dan shopping ke Pasar Baru dan Toko Tiga.



View dari bilik hotel, masa ni 6.30 pagi waktu tempatan. Subuh masuk lebih kurang jam 4  pagi



Yeahhh...wang belum dibelanjakan. Susah hati pulak...esok dah nak balik,  duit masih ada  1 juta nih




Hari ni 11.Disember 2011 Birthday CK... ramai ramai nyanyikan lagu happy birthday.
Pak Hilman  sponsor  kek  lapisnya..

Sepanjang jalan nak ke Tangkuban Parahu tu, I ternampak banyak  janur di kawasan rumah. Maklumlah, hari ni hari minggu jadi banyak kenduri kahwin laaa..


Ni namanya janur... tanda ada kenduri kahwin di kawasan tu.. Unik anyaman daun kelapa tu

Dari hotel ke Tangkuban Parahu, tak la jauh sangat lebih kurang 40 minit perjalanan. Sepanjang jalan pak Hilman ceritakan mitos di sebalik Tangkuban Parahu atau perahu terlangkup tu...


Dah hampir ke kawasan gunung, bas berhenti di sini untuk beli tiket masuk.

Di bawah tulisan tu ialah tulisan Sunda..

Tempat perhentian bas, sebelum bertukar untuk menaiki van ke atas bukit. Kat sini semua orang pergi ke toilet. Cuaca sejuk seperti di Cameron Highland

Kat kawasan ni, sebenarnya tak nampak sangat perahu yang terlangkup tu. Tapi kalau dari jauh memang nampak bentuk dia macam perahu terbalik. Kat sini, cantik untuk lihat pemandangan dan juga kawah gunung berapi. Penjaja memang ramai, kena pandai tepis pujukan diaorang. Ada sorang mamat ni jual FM seramik gambar Tangkuban Parahu, 2 keping rp100, 000. Dia ikut kami dari mula kami sampai lagi, sambil tu cerita dan beri info pasal tempat tu. Sambil pujuk kami beli fm dia. Akhirnya I mengalah beli juga 4 keping rp50,000. Bukan sebab nak beli sangat tapi kesian tengok dia yang asyik mengekor kami sampai naik lemas rasanya.


Dah sampai di kawasan tinggi. Lelaki betopi tu ialah penjual yang mengekori kami .

Kawah gunung berapi yang mengeluarkan haba panas. Cuaca sejuk  sedikit berkurang  sebab haba panas tu 

Orang ramai di sini. Ada kuda padi. CK excited naik kuda, tapi kawan dia Anfaal  cam tak excited pulak.

Papan tanda telah sampai di sini

CK naik kuda kedua. Kali ni I pulak kena temankan dia.





Sebahagian makanan ringan yang dijual... yang berbungkus daun pisang tu ialah nasi.  Tapi lupa namanya

Hubby minum teh halia panas kat gerai nih. Masa ni menunggu van untuk turun semula ke tempat bas.



Cantik view ni..





Topi ala orang uzbekistan pun ada dijual 


Selesai di Tangkuban Parahu, kami bergerak ke restoran untuk makan tengahari. Pemandangan kiri kanan cantik sebab di daerah Lembang ni, tanah subur jadi sesuai tanam sayuran.



View kawasan tanaman di daerah Lembang


Tanaman strawberi pun ada sebab kawasan ni sejuk.


Gerai nanas berderetan di tepi jalan

Akhirnya tiba di restoran yang menghidangkan masakan Sunda.



Makanan boleh tahan sedap.. cuma I tak lalu sup ikan darat tuuu.

Jus avokado... first time minum ni, ok la . Semua orang order  jus ni kecuali my hubby jer  order jus oren.

Cantik hiasan kat restoran ni. Cam ala ala bali gitu. Jadi la...sebab I teringin nak ke Bali pulak, he he he entah bila  tu


Layan gambar gambar menarik sepanjang jalan nak ke Pasar Baru.

Hah selalu tengok kat sinetron jer, kali ni nampak tempat ojeg ni




Sport rim secondhand...

Nak ke Pasar Baru, jalan macet teruk betul. Mungkin sebab hari minggu kannn.


Orang ramai duduk kat tangga... patut la kat SOGO KL tu biasa orang Indon lepak kat tangga

Kat Pasar Baru, memang tempat soping yang best. Rambang mata tengok telekung , kain bersulam dan kain yang bermanik. Harganya memang jauh lebih murah dari kat KL. Kat sini I beli telekung, kain batik, kain sulam untuk baju kurung moden dan 2 pasang kain yang dah siap manik di baju dan lengan. Semua tu dalam rp 700,000 jer (~rm200)



Tengok la telekung bersulam tuuu... rega antara rm 40 ke rm60 jerrr


Kenkawanku tengah rambang mata memilih...


Koleksi tudung bersulam yang cantik dan murah gilerrrr...

Ada jer perkhidmatan, diaorang yang datang pada kita tak perlu susah susah cari air.
 ... budak muda ni jual air sejuk.

Tengok koleksi baju bersulam dan bermanik. I beli kat sini kain sulam dan kain manik...

Diluar Pasar Baru, tengah menunggu bas..
 Keluar dari Pasar Baru, semua kami dah tak jutawan dah... semua orang senyum jerr sebab dapat soping barang yang dihajati... hehehe...




Tapi, kami singgah kat satu tempat lagi iaitu Toko Tiga. Kat sini, jeans branded punya dijual dengan rega yang sangat murah. Hubby sempat rembat sehelai, kebetulan ada saiz dia.





Tu la aktiviti hari ketiga. Sampai bilik hotel dah jam 8 malam tapi sebab letih dan perut pun dah kenyang, jam 8.30 CK dah tidur dahhh...







6 comments:

  1. kalau ke Bndung macam tak sah pulak tak pergi ke pasar baru kan...juta2 rupiah boleh habis kat situ....hihihi

    ReplyDelete
  2. gunung tu nmpk cantik.....mesti murah strawberry dia? Ada tmpt penginapan yg cntk x kat area gunung Tangkuban perahu tu?

    ReplyDelete
  3. MulutPayau..
    Memula I eksen la bawak 2 juta jer... pastu nyesal pulak sebab tak cukupppp nak soping...hahaha..


    Kasihredha..
    Saya suka betul kat Pasar Baru tuuu!!


    Ibuhani..
    Kami tak singgah kat strawberry park, so tak pasti tentang harganya. Tempat penginapan yang dekat area Tangkuban Parahu tu ialah di Lembang. Memang saya nampak ada hotel dan guesthouse kat situ.

    ReplyDelete

  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete