MISS NUFFNANG

Friday, December 30, 2011

Melancong Ke Singapura Day 2

Hari kedua semua orang bangun pagi-pagi sebab jam 8 mesti dah keluar rumah untuk breakfast.


Kali ni kami masuk ikut Tambak Johor pulak sebab dah serik jamm hari pertama kat Linkedua.


Rupa-rupanya, kat Tambak Johor masa nak masuk Spore pun sama teruk jammnya..huhuhu...nasib la bila bercuti time public  holiday..

Q panjangggg... di Tambak Johor di pagi hari krismas

Welcome to Singapore... hujan renyai-renyai masa ni. Following my sis's car kat depan tu..

Kami masuk Spore jam 9.20 pagi, masih awal untuk ke Sentosa Island, so, my sis ajak pusing pusing kat Orchard Road dulu.

Kat Orchard road, memang happening kat sini... decoration for christmas

Jam 10.20 pagi, kami melintasi jambatan ke Sentosa Island, insert autopass $ 4 ditolak.


Drivers turunkan kami semua kat 4D Magic near the Imbiah Lookout, untuk cari parking. So my sis pergi beli tiket masuk 4D, I jaga kids.



Hampir kaunter tiket 4D..








Ada 3 jenis 4D ni. Kami pilih Extreme Log Ride and Desperados.


Nampak tak gambar orang kat extreme log ride kat atas tu, macam tuuu lah kami jugakkk !!! Terjerit jerit..

Extreme Log Ride tu is the virtual simulation ride...ohhh sangat mengerikan. Padahal kita hanya duduk kat kerusi dengan pakai seatbelt jer. Tapi kerusi tu akan bergoyang dan bergerak ikut pada skrin. Kita semua pakai spec untuk 4D, so semua kat skrin tu memang reallll !! Masa tu I takut my emak kena heart attack sebab memang real. Terasa kayu kayu balak tu cam nak kena je kat kita. Hubby I pulak...hampir 50% dari scene dalam tu, dia tutup mata sebab takuttt...simulation tu memang fantastic !! Kat extreme log ride ni dalam 20 minit.


Tiket -tiket yang dibeli untuk  4D: Extreme Log Ride  and Desperado





Emak dan hubby sedang beratur untuk masuk extreme log ride

Kat Desperados, kita akan duduk atas seat yang seperti kuda dan siap ada pistol untuk tembak. Kerusi akan bergerak seperti kuda bergerak la sambil kita pegang pistol untuk tembak orang jahat kat dalam skrin. Pada akhir setiap scene, sharp shooter terbanyak akan dipilih. Sebab tu dipanggil 3D shoot-out game. Semua orang kena pakai spec untuk 4D jugak. Kat Desperados ni dalam 15 minit jer.




Melihat aksi kami semasa menembak dalam Desperados tadi..


Nampak tak kat mana my hubby, I dan CK ??? Kami duduk belakang sekali.
Huhhh..bergaya tak emak I yang bertudung merah tuuu. Sebelah emak, my sis, BIL , Aiman dan Amira

Habis kat 4D, kami jalan jalan di kawasan sekitar. I beli 2 fm kat sini, tapi biasa la rega dia $4.90 dan $5.90 satu (darab ngan 2.5 untuk RM), mahal kalau nak beli untuk kenkawan.


Ahli rombongan cik kiah... kecuali I ngan my sis tukang ambik gambar











Inilah Imbiah Lookout...untuk lihat view from the top, lebih kurang cam Menara Tamingsari  kat Melaka




Pastu habis kat 4D, kami cadang nak naik cable car pulak tapi my emak tak nak sebab takut. So, cancel plan, kami terus menapak guna escalator untuk ke Merlion park dan ke Universal Studio.


Bumbung biru di belakang tu ialah stesen cable car.



The cable cars....



Rasanya ada 4 escalator menuruni kawasan bukit ni untuk sampai ke merlion park


Tu diaaa merlion, tapi  yang ni xboleh keluar air kat mulut dia..



Yang putih cam bersisik tu badan merlion, dari bahagian belakang  merlion park..



Dari Imbiah station, kami naik Sentosa express ni (cam monorel KL ) dan turun di waterfront station



Tengok train tu...cam monorel kat KL jer
Dari station tu, kami menapak perlahan lahan ke Universal Studio






Tak la jauh sangat dari waterfront station, dah sampai ke universal studio. Kami memang tak cadang nak masuk dalam tu, hajat hati cuma nak bergambar kat luar globe tu dan beli souvenirs yang memang ada kat luar universal entrance.

Bergambar jer kat depan globe Universal Studio nih. InsyaAllah next next year, datang  lagi



Tak nak beli t-shirt ni, nak bergambar jer...sama la design kita !




Dari universal studio, I ,hubby, CK dan Amira menapak ke Hard Rock Cafe Sentosa. My emak dan yang lain duduk lepak kat bangku yang ada kat luar universal.

Gembiranya dia dapat beli satu HRC t-shirt kat sini.



Di luar Candylicious memang banyak patung patung nii..



Aummm....



Ala kiutnya anak ngan bapak nih !!
Habis ronda kat kawasan ni, kami menapak semula ikut jalan datang, ke monorel station, then naik escalator untuk sampai ke kereta semula. Masa ni dah jam 2.30 pm. Hajat hati nak naik cable car dulu sebelum keluar dari Sentosa, tapi bila lihat muka kids keletihan dan drivers dah kelaparan, terus kami decide ke Arab Street untuk makan.


On the way ke Arab St, I ternampak Marina Bay Sand, punya la excited I. Building ni unik sebab swimming pool yang berbentuk sampan di atas bumbung menyambungkan 3 buildings.


Hah ! Tu dia bangunan Marina Bay Sand... 3 buildings with a huge swimming pool on top

Singapore Flyer opposite the Marina Bay Sands building
Agak susah jugak nak cari parking sebab semua penuh, sib baik ada satu shopping mall berhampiran, so kami parking di dalamnya $2.14 per entrance.


Masuk je restoran, terus order murtabak Spore dan nasi briani..maklum semua dah kelaparan. Masa tu dah hampir jam 4 pm.


Murtabak spore... besar dan sedap


Kami makan kat kedai ni betul betul opposite Masjid Sultan
Pas perut kenyang semua ke Masjid Sultan, betul betul opposite restoran untuk solat.


Dalam Masjid Sultan, nampak tak kipas yang besar tuuu...

Zoom .... kipas besar di dalam Masjid Sultan



Sebaik keluar dari pintu, I ternampak deretan kedai jual souvenirs cam key-chain, FM, piring seramik, T-shirt . Ohhh lega rasanya, tak payah susah payah berjalan jauh jauh. 


Kedai  souvenir  berdepan Masjid Sultan.. harga kat sini lebih murah dari tempat lain.
Sesuai untuk beli banyak banyak untuk sedekah kat kenkawan

View Masjid Sultan dari jauh

Sebenarnya nak lunch kat sini tapi ramai sangat orang, terpaksa  pergi  tempat lain.
 Orang kat murtabak spore dia paling  sedap..

Hehehe....kat Arab street. Belakang tu Masjid Sultan

Kami borong banyak key-chain dan FM kat Arab St ni, sebab memang murah dan rasanya tak akan jumpa dah kat tempat lain di Spore ni. Habis kat sini, semua orang dah penat. So, nak tak nak drivers kata kena balik rumah rehatlah. I frust gak sebab ingat nak ke Sentosa semula. Tapi tak per lah, I pujuk hati, next year boleh datang lagi ke Spore ni.

Nanti I sambung pulak pasal Johor Premium Outlets di Kulaijaya..

5 comments:

  1. tak pernah smpai singapore lagi... best kan dpt jlan2 sana

    ReplyDelete
  2. mengimbas kembali detik kami sekeluarga di Singapore last 2 weeks.. :)

    ReplyDelete
  3. Dalila Hamid...
    Salam kenal. Best ke Spore tu. Nak jimat kos, stay kat JB ajer.


    Sue...
    Ohh sue pergi spore lebih awal dari akak la.

    ReplyDelete
  4. boleh tau berapa kos u utk satu hari tu?

    ReplyDelete
  5. P/S: kak, saya suka tagline page akak, A MOTHER - A LECTURER - AND WHATEVER (He he)
    .
    Salam Pn Rozita & semua :) jika berminat bole Dapatkan "SG City Tour 1-Day Package" from Johor Bahru serendah RM109 dengan sis / beli any Tiket Masuk Singapore (USS/GardensByTheBay/SEA Aquarium dll) All at %Discount Price! bole hubungi saya WHATSSAPP +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB *Contact: +6012-7760219, let's visit SG soon :) #LoveTravel lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete