MISS NUFFNANG

Wednesday, December 14, 2011

Melancong Ke Bandung Day 1

Kami pergi ke Bandung ni seramai 13 adult + 2 kids. Semuanya my colleques kecuali my hubby and one of my friend's sister. Tiket Air Asia beli Jun dulu. Dapat la harga agak murah walaupun tak la murah sangat. Kami tak pakai pakej travel tour agency sepenuhnya, hanya guna untuk ground arrangement oleh POTO Travel & Tour.

Ni harga yang kami bayar untuk seorang:


Harga bersih tiket pergi-balik                                   rm 444 per pax. 
Ground arrangement                                                  rm 350 per pax. 
Tiket trans studio bandung+ airport tax + tipping    rm160. per pax

Hah bayaran tu semua masih murah lagi tau banding kalau terus pakai travel agency dan bayar all-in. (Tapi rega tu tak masuk soping soping ye..)


Seronok CK sebab first time nak naik kapal terbang nih !


Si emak sibuk isi borang immigresen Indon untuk tiga beranak, si anak main angry bird


Iklan dalam pesawat.. Dah terasa aura Indonnya..

Aduhh sakit kepala bapaknya...melayan karenah si anak. Mujur CK tak banyak karenahnya..
  
KL-Bandung dalam 2 jam 10 minit je. Tapi sebab waktu Bandung lewat 1 jam dari KL ,maka kami sampai jam 8.30 malam.

Alhamdulillah selamat sampai

Kecik jer airport ni, tak penat berjalan pun, dah keluar dari bangunan ni.

Menapak ke dalam bangunan airport, masuk je pintu tu, terus kaunter immigresen.Tersangkut kat situ punya la lama. Rasanya satu kapalterbang tu orang Malaysia kecuali pramugari/a nya orang Indon. Macam mana tak lama, masa serah pasport siap kena scan 4 jari kanan dan 4 jari kiri, pastu diambil gambar pulak. Motif ? Untuk data biometrik...ermmm. Masa tu CK dah berlari lari dah celah celah barisan orang sebab boring menunggu ! 




Keluar dari airport tu, tour guide kami, Pak Hilman dah sedia menunggu. So, terus aje masuk bas sebab semua orang dah kebuluran.
Dinner malam tu ialah nasi padang di Restoran Sederhana. Restoran ni terletak selang satu bangunan dari Rumah Mode, factory outlet yang famous ngan orang Msia yang gila baju branded.


Peniaga ni dah bungkus barang jualan untuk balik, tapi bila tengok bas kami sampai terus buka kedai.
 Makanan kat sini memang sedap. Kami makan lagi di kedai ni last day, on the way ke airport.


Lebih kurang 10 minit dari kedai makan ni, kami sampai ke Sukajadi Hotel.





Hotel Sukajadi...pandangan dari depan
 Proses check-in di hotel cepat jugak tapi ada jugak benda yang menyakitkan hati terjadi. Kami tanya reseptionist, mana lift? Dia tunjukkan ke arah kiri sebelah cafe. Lift tu dah la kecik jer, muat takat 2 orang dengan 2 beg besar. Terpaksa tunggu turn. Bila dah sampai kat tingkat 4, keluar aje lift, kami tengok kenkawan yang naik lebih awal berkumpul kat luar lift. Rupa -rupanya, bilik kami semua bukan kat situ. Hubby turun ke lobby dan tanya tentang lokasi bilik, baru ditunjukkan lift yang satu lagi iaitu di bangunan baru. Hangin satu badan kami...dah tau kami ni pelancong berilah direction betul-betul. Kalau nak tips cakap jer laaa...gerammm ! Sabar jer lah..

Perlu rehat betul betul ni ready untuk esok.

Inilah ahli rombongan cik kiah... bersemangat di pagi hari kedua.
2 lagi ahli rombongan sedang mengambil gambar.

Nanti sambung hari kedua pulak ye !

6 comments:

  1. Tak sabar nak tnggu kisah soping...hehehehe

    p/s..saya prgi dulu mnginap di Hotel Mutiara...

    ReplyDelete
  2. rindu Bandung
    akak pernah study di Bandung awal 90an...
    nak tunggu n3 soping2...:))

    ReplyDelete
  3. K.ani x pernah ke Bandung! Org kata Shopping sana best? Brg dia berkualiti x?

    ReplyDelete
  4. MulutPayau..
    Saya tak soping sangat la kalau nak banding ngan orang lain he he he..


    Kasihredha..
    Bandung ni cantikkan kak? Mesti akak pandai cakap indon sebab study kat sana.


    Ibuhani..
    Soping kat Bandung memang best untuk orang yang kaki soping. Saya lebih suka sightseeing, tapi soping tetap soping gak. Ada jugak brg yang elok kualiti tetapi harga jauh lebih murah dari KL.

    ReplyDelete
  5. Wow that was odd. I just wrote an extremely long comment but after I clicked submit my comment didn't appear. Grrrr... well I'm
    not writing all that over again. Regardless, just wanted to say superb
    blog!

    Look at my web page continue reading

    ReplyDelete

  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete