Ada banyak jenis zakat. Yang kita tahu sebab paling glamour ialah zakat fitrah sebelum hari raya aidilfitri. Zakat lain.... antaranya ialah zakat pendapatan dan zakat simpanan, itu yang I sangat ingat sebab I termasuk orang yang wajib menunaikannya.
Zakat pendapatan bagi orang makan gaji macam I, cara senang ialah buat potongan gaji. Setiap tahun gaji naik, maka zakat pun bertambah. Kalau ikut pengiraan pusat zakat, tak banyak mana pun zakat pendapatan tu. Nilainya lebih rendah dari cukai pendapatan oleh LHDN. Dah la dapat rebat untuk cukai pendapatan.
Dua hari lepas, I ke pusat zakat selangor cawangan Banting sebab nak serahkan borang potongan gaji. I memang buat potongan gaji tu, cuma nak tambah potongan gaji sebab alhamdulillah gaji naik. Sambil tu, I nak bayar zakat untuk simpanan. Tak de la banyak mana, tapi perkara wajib tu tetap la kena tunaikan. Selepas buat bayaran dan I baca akad , ustaz yang terima pun baca akad terima. Pas tu ustaz bacakan doa...dan I aminkan. Masa tu rasa satu beban yang maha berat terangkat dari bahu I. Alhamdulillah, fuhh... lega rasanya.
Lepas habis doa tu, I pun nak balik, sebaik I berpusing dari depan kaunter tu, punya la banyak mata yang memandang. Kebanyakannya nampak macam orang susah, dan ada jugak OKU yang nak memohon zakat. Masa tu I rasa macam nak menangis sebab hak diaorang yang ada kat I dah pun I tunaikan. Syukur.... semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan orang yang leka dengan harta dunia. Amin.
p/s: entri ini hanya bertujuan untuk ingat-mengingati, bukan untuk riak, nauzubillah hi min zalik
alhamdulillah...mulia betul hati akak....ye la kan kak..dgn zakat tu la kite bantu sesame islam kan kak...
ReplyDeletesemoga bertambah murah rezeki akak....amin....
Lieyalatif..
ReplyDeleteAlhamdulillah, sebab tu zakat wajib untuk orang yang mampu. Ni cara orang islam untuk bantu orang islam. Thanks lieya, akak aminkan doa lieya tuuu.
InsyaAllah dan Alhamdulillah :)
ReplyDeleteAlhmdulillah...
ReplyDeleteSemoga bertambah rezeki....
Insyaallah.....k.ani pn potong gaji jugak.....jln paling senang!
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeleteSentiasa tinggal
رزرو بلیط لحظه آخری کیش
ohh this content had a good information for me.
ReplyDeleteپرواز کیش