MISS NUFFNANG

Monday, April 23, 2012

Syukur...Masih Ada Lagi Yang Prihatin

Kejadian ni berlaku pada petang Khamis minggu lepas, on the way balik dari kerja.


Di pertengahan jalan tu, I dah rasa something wrong with the car. Ada bunyi semacam jer. I off radio, masih dengar bunyi tu. Cuba pulak, tutup rapat semua tingkap, masih lagi dengar bunyi tu. Handbreak pulak dah beberapa kali I tekan ke bawah..kot kot tak lepas habis..tapi bunyi tu masih ada. I terfikir pulak, nape selalunya tak dengar pun bunyi ganjil cam ni. Yang buat I heran, bunyi tu terhasil sebaik lepas I overtake lori sampah. I rasa kereta tak boleh pecut walaupun dah tekan minyak...


Adalah dalam 2 ke 3 km I bergerak, pemandu sebuah kereta Rexton (kalau tak silap) buat isyarat suruh I ke tepi. Dalam teragak agak, nak ke tidak, I berhentikan kereta di depan kereta dia. Pastu, ada sebuah lori pikap pun berhenti pulak depan keta I. I pun terus turunkan tingkap....Masyaallah !!!! Masa tu I terbau tayar hangit !!!
Mata terus melihat ke tayar belakang....Ya Allah !!!!




I bawak kereta dalam keadaan tayar yang macam ni !!!!

Driver kereta tu, lelaki Melayu tu tanya I : "Akak tak perasan ke kereta jalan bergoyang ? " Sambil asyik geleng  gelengkan kepala. Driver lori tu pulak, lelaki India (atau mungkin Mamak) pulak cakap:"Nasib baik akak tak bawak laju, kalau laju..." Sambil dia pun asyik geleng kepala. Reaksi I ?? Rasanya masa tu muka I kalau ditoreh memang tak berdarahlah !!!

Terus diaorang mintak I tunjukkan mana tayar spare. Seb baik I boleh ingat kat mana tempat spare tyre tu. Pas tu, diaorang tanya mana jek keta. I hanya geleng kepala sebab memang tak tau. ( Pada masa kejadian, hubby on the way balik ke rumah baru habis kursus di Penang. Dan masa I call pasal ni, hubby baru tiba di Ipoh..).  Tanpa buang masa dua orang lelaki ni terus membuka tayar tu dan pasang tayar spare. I ??? Tak tau nak buat apa dan speechless. Pastu, baru teringat keluarkan kamera dan ambik gambar...




Turutan gambar gambar ni menceritakan sendiri bagaimana
dua orang pemandu yg prihatin ni membantu I yg memang tak tau apa apa pasal keta selain memandu jer..

Dalam masa 10 minit, mereka selesai menukar tayar tu dgn tayar spare. I hanya mampu mengucapkan terima kasih banyak banyak kat mereka berdua ni (masa tu tak terfikir nak beri upah belanja minum pada mereka, ish ish ish...memang tengah blur+terkejut tak habis lagi).

Kepada En. Anwar, pemandu melayu berbaju biru yang memandu kereta ni..



Dan En Ghani, pemandu berbaju belang yang memandu lori ni..



Terima kasih banyak banyak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda berdua.


Pastu, I drive balik ke rumah dgn kelajuan 40 km/jam jer. Rasa fobia betul dan terbayang bayang keadaan tayar tadi. Kalau lah I bawak laju... tentu terbabas ...nauzubilah...tak dapat nak bayangkan. 


Sampai ke rumah, terus solat Asar, I menangis bersungguh sungguh...syukur, Allah melindungi I dan CK dari sebarang malapetaka, dan Allah buka hati dua orang asing untuk tolong I dan CK. 



8 comments:

  1. Alhamdulillah...syukur tak de apa2 .
    Kadang2 pertolongan dr org2 yg kita tak sangka sering terjadi. Masih ramai yg prihatin.

    ReplyDelete
  2. Syukur.......masih ada yg berhati mulia. Alhamdulillah rozita n CK x apa2. Teruk jugak keadaan tayarnya!!!! Smoga kita semua sentiasa dlm perlindungan Allah SWT.....amin...

    ReplyDelete
  3. Bersyukur semua selamat.
    Memang kalau jadi mcm ni tak tau nak buat apa

    ReplyDelete
  4. syukur akak dan ck selamat.. dan syukur juga masih ada org kita yg prihatin.. bukan akak jer, kalau saya pun mmg tak tau apa2 pasal keta selain memandu.. huhu.. moga kita semua dilindungi oleh Yang Maha Esa.. amin.

    ReplyDelete
  5. Syukur selamat. semoga sentiasa dilindungi Allah. Amin.

    ReplyDelete
  6. Kan? Dalam2 pada kita dok pikir dunia sekarang macam2 orang ada, manusia baik dan prihatin pun x kurang banyaknya. Alhamdulillah tak apa2 =)

    ReplyDelete
  7. Sykur Alhmdulillah...

    Masih ramai lagi yg berhati mulia, membntu di saat memerlukan..Nasib baik tak de apa2 kan...

    ReplyDelete
  8. Syukur Alhamdulillah....

    Nasib baik itu sentiasa ada utk kita.....

    I pernah juga drive dlm keadaan itu sejauh 5 km bersama 2 anak yg masih kecik tu.....gerun memikirkannya....

    ReplyDelete