MISS NUFFNANG

Friday, July 6, 2012

Mystical Bali- Part 6 Danau Beratan, Bedugul

Ni kisah di hari ketiga di Bali...


Seperti biasa, jenuh memujuk CK bangun tidur dan mandi. 


Hari ke 3, kami plan nak ke danau Beratan di Bedugul dan kemudian ke Tanah Lot pulak.



CK muncung jer tak nak breakfast sebab nak mandi kolam..

Pemandangan unik di tepi tepi pintu masuk ke pura..
Perjalanan dari hotel ke Bedugul lebih kurang 2 jam. On the way tu, kami singgah di kawasan tanah tinggi Baturiti.

Kawasan Baturiti...di sini ada kebun strawberi. Dari sini boleh nampak
puncak 2 gunung di Bali, iaitu gunung Agung dan gunung  Batur

Nak berhenti ambik gambar pun perlu bayar parking. Pak Isme lah yg bayar parking tu..

Pemandangan cantik di sepanjang jalan 

Kawasan Bedugul..Ternampak rumah ni anak yatim dan musolla..

Masjid yg belum siap. Menurut k.yan yg banyak kali ke sini, dah lama dah masjid ni terbengkalai  tak siap siap.

Sampai di danau Beratan, kereta tak banyak lagi tapi kalau tengahari memang ramai tourist. Bayaran masuk IDR 10, 000 seorang. Masa hubby nak beli tiket, pak Isme tak ikut kami sebab dia parking kereta dan pergi makan. So, hubby tanya penjaga tiket tu: "Berapa pak ?". Terus org tu ingat kami dari Jakarta, makanya dapatlah harga tiket local iaitu IDR 2000 seorang... hehehe. Kami bayar jer lah..




Dah sampai di danau Beratan. Masa ni baru jam 10.30 pagi. Jadi pelancong tak ramai lagi di sini



Mereka baru selesai beribadah...





Selesai upacara agama, ada benda yg perlu dibuang di tengah tasik kot...





Upacara "membuang " di tasik..dengan menaiki sampan..

Pakaian putih merupakan pakaian utk upacara agama. Mereka memerhatikan sampan tadi bergerak..


Tiba tiba cuaca agak mendung, suasana sangat cantik di sini..








Di kawasan ini jugak ada taman yg luas..

Nampak tak sampan tadi dah berpatah balik tu ?

Cantiknya view ini...

Si kecik nih sibuk gak nak merakam semua replika haiwan yg ada kat sini..


Yeay...tanda kami dah sampai di Bali...



I mintak dua budak Bali ni bergambar ngan CK...Terus si abang tu berposing cam tu...




Selesai upacara agama, mereka bergerak ke pura yg agak kecil dan tertutup..



Hah gambar berdua aje...sebab CK dah lari ke tempat lain...


Si budak kecik tengah merajuk, lari tempat lain sebab tak nak ambik gambar...
pastu lari semula sebab nak ambik payung purple tu..

Si baju merah ni photographer yg ambik gambar terus print kat situ jugak. Sekeping IDR 20,000.  Kami mintak 2 keping utk IDR 30,000, dia kata ok. Kesian tengok, asyik mengekor kami je. Kualiti gambar dia cantik jugak ,
siap bagi bingkai kertas keras yg cantik .

Gapura...pintu masuk ke pura di danau Beratan..




Selesai upacara agama..




Tempat tertutup...satu lagi upacara agama..



Grrrrr.....


CK bergambar ngan sorang lagi budak Bali. Cuaca memang agak sejuk, sampaikan budak tu bersarung tangan bagai...tapi anak I , langsung tak kesah sejuk ke apa ke sebab CK asyik berlari je kat tempat luas ni..., tak dan nak rasa sejuk hehehe...

Sorry lah, tak boleh sambung lagi  sebab rasanya dah terlalu banyak gambar nih. Nanti org jemu pulak ..jadi sambung lagi cerita nanti ye..


13 comments:

  1. mana ada jemu...seronok je tengok gambar2 ni.
    akak suka.
    di Bedugul ni ada satu restoran muslim...ayam pelincing yg sungguh sedap....berdekatan tasik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya xmakan di situ, tapi makan di restoran kat luar pintu masuk ke danau nih..ayam taliwon makanannya.

      Delete
  2. Kakak seronok lihat gambar si comel CK. Nampak dia memang energetic tak penat. Boleh pulak tak kisah gambar dgn budak sana tu:)

    Upacara keugamaan mereka more to Hindu style kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diaorg memang hindu kak tapi hindu bali lah...

      Delete
  3. lamanya di bali erk..puas berjalan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lah lama 4h 3 m jer...nampak macam lama sgt sebab byk pulak parts utk entry bali nih. Sebenarnya xtau nak pilih gambar byk sgt..rasa mcm nak letak semua gambar tuuu...hehehe...

      Delete
  4. agama apa tu ek?? * ingin tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hindu bali..tapi hindu mereka xsama dgn hindu india. Masing masing claim diaorng punya lebih purba@kuno..entah yg mana satu betul. Sebab tu rumah ibadat hindu di sini yg dipanggil pura x sama dgn kuil hindu yg biasa kita tengok

      Delete
  5. amboiii CK smpt jumpa kwn baru ye! sronoklh dia kecik2 lg dh berjln sakan....hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CK memang peramah kak ani. Mudah dapat kawan...emak bapak kaki jalan, anak pun ngikut ler kak

      Delete
  6. Best nya pegi bercutii di bali.. Insyallah ada rezeki boleh pegi sana.. Terima kasih kongsi gambar2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga awak pun ada rezeki berjln ke sana...

      Delete
  7. cantik bentuk2 bangunan kat sane...unik...

    ck pun sporting bergambar dgn cowok tuu hihihi....

    ReplyDelete