MISS NUFFNANG

Friday, July 13, 2012

Mystical Bali- Part 7 Danau Berkembar dan Pasar Buah, Bedugul

Selepas bergambar sakan di danau Beratan, pak Isme bawak kami ke lokasi atas lagi. Lebih kurang 20 km kot dari danau Beratan tadi. Pak Isme tunjukkan 2 lagi danau ( tasik ) yg jelas kelihatan dari tempat tinggi. Kami berhenti di satu kawasan restoran yg di panggil Puncak Bagus ( I tak pasti ...ni nama restoran atau nama tempat). 


Dari tempat tu, kami nampak 2 tasik yg kelihatan berkembar dan hanya dipisahkan oleh daratan yg kecil aje. 2 tasik tu ialah danau Buyan dan danau Tamblingan. Ramai jugak pelancong yang berhenti di sini utuk bergambar sebelum mereka ke air terjun Gitgit lebih kurang 10 km dari sini. Tapi kami tak lah ke sana.

Danau Buyan..di sebelah kiri


Danau Tamblingan ...di sebelah kanan kami

Restoran dan resort..di Puncak Bagus..



Sambil duduk duduk menghayati keindahan pemandangan di sini, pak Isme cadangkan supaya kami mencuba pisang goreng yg ditabur keju parut. Sebenarnya masa tu dah hampir masa lunch, jadi kami mintak separuh aje pisang goreng cheese dan separuh lagi pisang goreng yg diletakkan sos cokelat. Untuk CK, hubby order aiskrim jer.. 

CK menikmati aiskrim di sini...

Special di sini...pisang goreng di tabur cheese. Satu lagi pisang goreng bersama  sos coklat. Sepinggan IDR 5000 . Tapi sebab kami hanya nak rasa aje sebab nanti nak lunch dah, kami mintak buat separuh separuh jer pisang goreng tu...


Ok sedap jugak pisang goreng tu..kalau agak agak teringin boleh jer dibuat di rumah atau beli jer goreng pisang, pas tu parutkan ajer cheese kat atas dia...hehehe..dasar pemalas nih !




Selepas tu kami turun semula ke kawasan Bedugul utk menikmati lunch di restoran masakan sasak (sorry dah lupa org sasak tu org apa ntah !) halal. Di sini sangat terkenal dengan ayam taliwon nya..




Rumah makan ni terletak berdepan dengan pintu masuk ke pura Ulun Batu, Bedugul yg kami pergi pada awalnya..Ada loga halal lagi you...

Ayam taliwon special di sini...I tak pasti ayam tu dibakar atau di goreng tapi rasanya sedap cuma sambal pencicahnya agak pedas. Kangkung goreng tu sangat pedas, kami terlupa nak cakap tak nak pedas..Semua masakan dihidangkan dalam kertas dan diletakkan di atas bakul comel..

Lepas lunch, kami bersolat di restoran ni...masjid ada juga berdekatan dgn restoran ni..tapi kami bersolat di ruang yg disediakan. Kat sini, CK sempat melepas hajat di toilet yg bersih, so I pun ambik kesempatan mandikan dia. Selepas tu, kami bergerak ke pasar buah pulak. Memang banyak gerai menjual buah, selain pelbagai barang souvenirs.

Pasar Buah, Bedugul..

Budak dah mandi ni...ceria aje. Lepas masuk semula dalam kereta terus tidur hampir 2 jam !



Kelinci...atau pun arnab jugak ada dijual..



Tak ramai pengunjung di sini...penjual pulak ramai orang Islam kot sebab wanitanya bertudung.



Hubby sedang tawar menawar dgn penjual. Banyak jugak kami borong FM dari penjual ni...

Selesai membeli di pasar buah, kami teruskan perjalanan ke Tanah Lot pulak, hampir 3 jam dari Bedugul. CK dan hubby tertidur dalam kereta, tinggallah I melayan keindahan pemandangan di kiri kanan jalan sambil snap snap gambar.

Tanah Lot



CK tidur punyalah nyenyak, didukung pun masih tak jaga lagi. Dahlah cuaca panas terik waktu tu...

Nanti I sambung lagi di Tanah Lot pulak. Pemandangan  yg sangat cantik di tepi pantai...dalam cuaca panas terik, namun demi menjejakkan kaki ke sana, kami gagahi jugak walau pun terpaksa mendukung CK yg tertidur nyenyak tu...hehehe...



9 comments:

  1. salam rozita..pi jalan2 shopping baju ye..nama pak isme kerap acik baca kalau ada kawan2 blog yang kesana

    ReplyDelete
  2. seronoknyee.dulu ingat bali ni mcm takde ape sgt. sbb mostly org buat pg honeymoon, rupanya bnyk bnda boleh explore.

    ReplyDelete
  3. Dkt bndung pun ada gak pisang goreng tabur cheez or tabur coklat cip..mmg sdp!!

    ReplyDelete
  4. waa,behnyer dpt p sana..gambar2 sume cantik..
    tingin nyer nak kesana jgk eheeeeeeee

    ReplyDelete
  5. restoran ni le yang akak cakap tu...
    akak suka ayam pelicing nya dan gado2..
    akak dan hubby mmg suka pedas ..so no problem :)

    ReplyDelete
  6. Wah best nye bercuti. Tengok2 tempat orang & tengok ke indahan alam ciptaan Allah.. :-)

    ReplyDelete
  7. Bali mmg byk gunung2 kecil yg bertasik kan....cantik! CK beriya2 dgn phone tu....tgk gmbr dialah tu!

    ReplyDelete
  8. salam kak ita.. lamanya nk tunggu entry akak.. agak menyepi kebelakangan ni, bz yek.. boleh dapat email add or FB akak tak.. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry liza.. Ye agak busy, pastu internet problem lagi, pastu sakit gigi pulak. Ni baru semalam gi cabut gigi. Dinner semlm n sahur pagi tadi hanya bubur nasi je. Sebenarnya akak memang dah bersemangat nak habiskan citer bali ni before puasa...tapi tulah, bnyk lak masalahnya. Sorry ye lieza

      Delete