MISS NUFFNANG

Sunday, February 17, 2013

Land of the rising Sun: Japan

Day 1: Kansai

Alhamdulillah...tak sangka akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki ke Japan ni, terutama ke 3 bandar di Kansai region iaitu Osaka, Nara dan Kyoto. Cuti sepanjang 4/2/13 ~ 9/2/13 hari tu sangat sangat menyeronokkan. Sebenarnya tiket dah beli masa julai 2012 lagi sebab nak rebut promo AA yang masih dikira murahlah sebab tix 3 beranak nih harganya rm2800 cam tu termasuk baggage, set makan dan pick a seat.


Flight kami jam 3 p.m dari LCCT dan sampai di Kansai Int.Airport jam 10 mlm waktu sana (cepat 1 jam dari msia). I memang dah sediakan 2 plan: kalau sempat, dapat naik shuttle bus jam 11 pm dari airport ke hotel, kalau tak sempat kejar shuttle, kami kena naik JR train dan turun di Hineno station. 


Syukur, 10.30 mlm dah settle semua urusan, ambik beg dan terus mencari tempat menunggu shuttle bus.


Sempat snap gambar sebelum sampai kat immigresen...

Di airport, kami keluar melalui exit H dan terus ke sebelah kiri iaitu ke S-11 tempat khas menunggu shuttle. Memula tu agak kaget jugak nak ke arah mana S-11 tu. I terus tanya driver bus yg ada kat situ dan tunjukkan booking.com punya print-out yg ada tulis nama hotel dlm japanese. So, driver tu tunjukkan ke arah yang betul. Tepat jam 11 mlm, shuttle bus Best Western Kansai hotel pon sampai. Fuhhh...lega sebab cuaca masa tu sangat sejuk. Dan lega jugak sebab dah jimat hampir 880 Yen utk 2 org, tambang train ke hotel...hehehe...


Bus warna putih kat belakang tu lah shuttle bus yang kami tunggu.
Service ni free aje dan khas untuk  pelanggan Best western kansai airport hotel...

Day 2: Osaka city

Esoknya, hari ke 2, kami check-out dari hotel dan menuju ke Osaka station. Nape kami stay 1 mlm aje kat hotel ni? Kami kan sampai Kansai waktu mlm, manalah tau kalau AA delay dan kami sampai lewat malam, train pun dah tamat, dah lah cuaca sejuk sebab masih dalam winter time. Memang masalah besarlah pulak kalau kami ambik hotel kat Osaka area. Jadi, utk selamat, kami stay 1 mlm di hotel yg dekat dgn airport....

Posing sekitar hotel sebelum check-out. I dan CK sorang satu beg sandang belakang..

Dari hotel kami jalan kaki ke JR Hineno station dlm 5 minit saje. Memang agak payah sikit sebab dgn 1 beg besar, 3 beg sandang (sandang belakang sorang satu tau..)  dan 1 stroller, tapi mujur jugak, masa tu dah lepas peak hour org jepun pergi kerja. Kami beli tiket di kaunter (xingat harga) dan terus tunggu train yg direct ke Osaka Station.


Di Hineno station, dan dlm train yg bersih dan lengang...
Perjalanan dari Hineno stn. ke Osaka station dalam 1 jam jugak sebab berhenti di banyak station. Sampai jer kat Osaka station, kami macam lost sekejap !!!! Kami terpinga pinga dan tak tahu nak ke mana, dah lah orang ramai lalu lalang dan diorg berjalan laju laju...Sebenarnya kat tangan I memang ada map dlm Osaka st, dan target kami ialah mencari locker untuk simpan beg-beg dan kemudian mencari tourist information centre untuk beli pass.


Dalam Osaka st, nampak tak I yg tengah menolak stroller  tu? Sebenarnya tengah
membaca segala papan tanda tu utk tengok direction.

Akhirnya, kami keluar dari JR lines melalui central gate, dan perlahan lahan meneliti map di tangan dan mencari hotel Granvia Osaka untuk tanya di mana letaknya tourist information centre. Dlm kami tercengang cengang tu, datang sorang pakcik ni menanya nak ke mana (tentulah dlm japanese)...dia cuba membantu, tapi kami yang tak faham, hehehe...Akhirnya, dapatlah jugak kami menyimpan beg-beg di left-baggage (susah susah jer cari tempat ni sebab ingat diaorg ada sediakan service hantar beg ke hotel, cisss...rupanya tak der, hanya di kyoto station jer ada service camtu, kalau tau xder, dah lama kami simpan beg-beg kat coin locker yg banyak dlm Osaka stn. nih ...haihhh!!). 

Selepas settle dgn segala "mak tapir anak tapir" yg berat tu, kami pun terus menuju ke tourist info. centre. Kami nak beli Osaka Unlimited Pass for 2 days.  Di situ, BI staff nya ok dan boleh difahami. Dia beritahu apa tempat atau service yg buka atau tutup semasa dua hari yg kami ambik pass nih. Beli pass ni harganya 2700 Yen/ pax, utk semua pengangkutan subway dan bus yg ada di Osaka, dan kita juga dapat kupon utk masuk ke 40 tempat menarik di Osaka dgn percuma!!! Dan ada juga kupon kupon diskaun ke tempat tempat yang lain yg ada di Osaka. 


Memula hubby nak ke Unversal studio Japan, bukan nak masuk ke dalam tu, hanya nak ambik gambar dan tujuan utama ialah ke Hard Rock Cafe kat situ. Kalau pakai Osaka pass ni, laluannya nanti memerlukan kami naik shuttle ferry ke universal studio yang mana masa dia agak limited. Oleh sebab kami tak nak buang masa, so, kami beli JR train tiket ke universal city station, dgn tambang 170Yen/pax. 

Universal Studio Japan
Dari Osaka st, naik JR train dan turun di Nishikujo Station, pas tu tukar train ke Sakurajima dan stop di Universal city st. (sila google maps, utk tau detail nya). 
Di station ni, kami di sambut dgn pelbagai papan tanda mengalu alukan pengunjung ke univer.studio nih.



CK memang suka dgn segala gambar hello kitty nih...


Train ke universal studio, sgt cantik dgn design ni...





Laluan dari universal city st. ke universal studio...

HRC osaka terletak berdepan entrance USJ

Entrance USJ..


Nape kami x masuk USJ ? Sebenarnya kami memang nak bawak CK ke universal wonderland yg ada dlm USJ tu. Tapi bila I teliti  segala permainan yg ada kat dlm univer.wonderland tu, dari 8 permainan, CK hanya boleh main 1 saje dan 1 lagi tengok parade dia, atas faktor ketinggian. Minimum tinggi 110 cm, CK baru 100cm. So, tak payahlah buang duit dan buang masa masuk ke situ. So, memang awal awal lagi kami decide xnak masuk USJ nih.

Gambar kenangan jer lah...




Budak kecik ni hilangkan cekak rambut pink tu di sini....pastu nangis...huhuhu...




Nampak tak bangku tempat lepak lepak tu? Tempat org ramai makan bekalan mknn yg dibw sebelum masuk USJ...

Di USJ, selepas habis posing, kami pun duduk makan bekalan yang dibawa iaitu nasi+serunding+sambal ikan bilis dan 1 tin kari ayam yeo's. Fuhhhh....nikmatnya makan tengah tengah cuaca sejuk nih...(nasik tu masak di bilik hotel pagi sebelum check-out).


Lunch kami di hari ke 2 ....
Pas tu hubby shopping t-shirt kat HRC utk diri sendiri dan rakan rakan yang kirim. Next destination, kami ke  Osaka bay pulak.


Mesin beli tiket. Kena tau harga tiket tempat yg kita nak pergi (tanya pada station officer atau tengok pada board ). Masukkan coin dan dapatkan tiket. 

Kami beli tiket JR dari univer.city stn. ke Bentencho stn, 160 Yen/pax. Then turun kat Nishikujo stn. Pastu tukar pulak train, naik JR train ke Bentencho stn. Pastu, tukar pulak naik subway Chuo line menuju ke Cosmosquare dan turun di Osakako stn. Naik subway ni, kami dah menggunakan Osaka pass yg di beli pagi tadi. So, dah xperlu pakai duit beli tiket dah.


Di Osakako stn. kami turun di situ, berjalan keluar dari st tapi kami tak nampak pun Tempozan ferris wheel yg sepatutnya tinggi dan boleh nampak dari jauh. Tak per....kita tanya orang.... 
I pun cakap "Sumimasen..." kat sorang lelaki ni dan tanya di mana benda ni, sambil tunjuk gambar Tempozan ferris wheel. Terus org tu tunjukkan arahnya. I pun cakap " Arigato gozaimas". Tu aje 2 perktn yg I tau sepanjang bercuti kat Jepun nih, tapi Alhamdulillah segala urusan mudah jer.



Wahhh...ni lah Tempozan ferris wheel yang kami nak pergi  tu...

Next entry I sambung lagi cerita seterusnya ye...



17 comments:

  1. Wahhh bestnya Japan ....mmg ada dlm wishlist tapi x tahu bila....akan baca entry u sampai habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami main redah jer berpandukan bacaan blog kenkawan yg dah ke osaka-nara- kyoto. Thanks sudi singgah dan baca sisR.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Cantik nyer Japan...teringin nak g..tapi ongkos disana mahal kan.....hehehhehe...kene menabung la nihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada anggapan yg semuanya mahal di japan. tapi kos kami 3 org tak sampai 6k dari tiket, hotel dan souvenirs selama 6hari 5malam di jepun.

      Delete
  3. Lama dah tak pergi Jepun ni. Tak tau bila dapat ke sana lagi. Dulu sempat juga sampai ke Kyoto, Kobe dan Okayama dengan bullet train dari Yokohama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak berkesempatan ke Kobe...Hehehe..alasan nak pergi ke sana lagi..

      Delete
    2. kak ita,

      kobe tu dekat jer...xpe2, next time pki kansai area pass, blh cover 4 tmpt skali gus..

      Delete
  4. Japanese jarang boleh berkomunikasi english itu yg agak susah bila nak tanya kan. Tapi satu mereka sangat menghormati org.. Seronok kakak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kakzakie...tapi mereka sentiasa sudi menolong setiap kali kami tanya. Suka...

      Delete
  5. arhh..terharunya baca entry kalini, semua tempat tu pernah pegi, hotel pun sama, rindunya..akak nasib baik sempat naik shuttle bas tu, saya tak sempat sebab AA delay, melayang duit, huhu...

    ReplyDelete
  6. RM2800.00 perbali balik 3org! Murahnya! Tahun ni kami x kemana sbb sdg mengumpul duit utk Huda....K.ani tumpang baca jerlah......hehehe..... :)))))

    ReplyDelete
  7. salam akak. inshaAllah bulan november ni saya dan kawan2 nak ke sana. nak tanya, dalam tiket tulis arrival 10.25mlm kalau flight pukul 3 petang. dari masa landing sampai la setel immigresen n luggage tu, sempat tak kami nak kejar train? senang tak nak keluar dari terminal building ke stesen train? saya risau sebab dgr cerita kita tak boleh nak overnight kat airport.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ita,

      sy tmpg komen yer..

      zhu maylin, klu xde ape2...xsmp sejam dh boleh setel urusan imigresen..xsusah nk ke train station..dr arrival trs keluar straight jer then di sebelah kiri kaunter JR, di sebelah kanan tu dh masuk train area..u blh jenguk2 blog i, ade sikit2 info..

      Delete
    2. Thanks dear tolong jawabkan...Jgn risau Zhu Maylin. Rasanya last train 11.30 pm cam tu..so sempat utk u all catch up.

      Delete