MISS NUFFNANG

Monday, April 28, 2014

Serbu klia2 Open Day

Semua orang pakat serbu klia2 open day pada 27.4.2014 semalam. Kami pun serbu sama...setakat 20 min drive dari rumah ye tak ? Seawal jam 9.30 pagi, kami dah sampai kat klia2..Free parking dan jugak banyak free gift diberi kepada pengunjung..

Malas tulis panjang panjang, tengok je gambar gambar ye...



Dari tempat parking, 2 kali naik eskalator cam ni baru sampai kat ruang ketibaan. Waaa jauh wei...

Pak badut ni ramai berkeliaran...

Orang ramai beratur....ni untuk half tour iaitu dibawa berjalan kaki sehingga ke skybridge aje...Kat ruang atas tu ialah kid zone untuk aktiviti kanak kanak

Perlu bagi k/p untuk dapat boarding pass


Ni lah boarding pass....Kami adalah pelawat ke 8016 - 8018 !!! Masa ni baru jam 9.45 pagi tauuu...

Punyalah ramai ummah beratur untuk full tour iaitu lawatan sehingga ke runway 3. Ni beratur di pelepasan dalam negeri..

Selepas melepasi kaunter kastam untuk pelepasan dalam negeri, dan turun eskalator, kita di sambut dengan pemandangan ini. Waaaa....jauhnya menapak nak ke gate gate pelepasan dalam negeri. Ni...kalau last minit sampai, sure tak terkejar nak berlari ke gate nih !!!

Banyak kedai di sepanjang laluan ke gates

Dibawa menaiki bas, untuk melalui bawah skybridge dan ke Runway 3 sepanjang 4 km...

Semua muka gumbira di dalam bas. Iye lah lepas ni dah de dah peluang cam ni kannnn

Lepas ni dah tak payah menapak jauh jauh nak naik airasia ye !!!

Ni lah tarikan utama......taraaaa....the SKYBRIDGE, sepanjang lebih 1 km, menghubungkan terminal dengan gate international departure. 2 k/terbang boleh melalui bawah skybridge ini serentak tau !!! Hebat !

2 volunteers dalam bas, memberi penerangan

Bas sedang melalui Runway 3. Bas di depan tu membawa wakil media

Runway 3 sepanjang 4 km


The SKYBRIDGE

Eskalator ni membawa pengunjung untuk ke skybridge. Ni setinggi bangunan 2 tingkat katanyaaaa

Masa ni jam 12 tengahari...ramainya ummah !!!

Hasil face painting untuk budak budak kat kids zone...

Menara kawalan ni yang tertinggi di dunia bagi low cost terminal katanya....
Antara kedai yang nampak ada kat klia2 ni ialah Toys R Us, Pandora, Vincci, Elianto, Body Shop yang dah mula buka kedai masa open day ni. Sesiapa yang dah ada tiket AA, operasi AA di klia2 akan bermula mulai 9 Mei 2014 manakala bagi low cost lain seperti Malindo, Tiger dan Cebu Air akan mula beroperasi di sini pada 2 Mei 2014. Tak ketinggalan, Tune hotel bersebelahan je parking lot berbumbung blok B you !!!


7 comments:

  1. wahhhhhh!!!! bestnya akak dah rasmi dulu ye klia2 ni. hiks. papepun harapan saya tidak menjadi seperti lcct la ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai orang jauhhh...
      Saje je nak tengok klia2 cam ne rupanya. Memang lebih hebat dari lcct dari segi kemudahannya..

      Delete
  2. Saya jam 11.00 dah siap-siap nak balik dah... amik yang half hour tour tu... manusia pun tak seramai tu lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal en.mie sampai ye..Masa jam 11 tu saya masih kat dalam bas untuk tour ..

      Delete
  3. Ramai betul org cumanya klia2 ni still like lcct perlu byk berjln huhuhu. Kak ita klau nk ke sana boleh naik public transport x like tren selain teksi dan bas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu !!
      Naik erl je JM..perkhidmatan erl dah bersambung dari klia ke klia2

      Delete
  4. Haram punye jauh drp imigresen check ke departure gate. Paling sakit hati turun naik escalator tapi tak sampai2 lagi. Balai ketibaan pon tak banyak signboard utk keluar & restoran. Tempat besar haruslah lebih banyak penerangan utk penumpang, bukan?

    ReplyDelete