MISS NUFFNANG

Friday, August 26, 2011

Balik Kampungggg....

Salam..


Akhirnya tibalah hari yang dinantikan. I, hubby and our little princes, CK akan balik ke kampung i. Kami akan stay di sana sampai hari Isnin iaitu sehari sebelum raya, then bertolak ke kampung hubby plak untuk menyambut raya. Sebenarnya, tahun ni giliran beraya di kampung hubby. Setiap tahun, kami tak pernah bergaduh pasal giliran beraya sebab dari awal perkahwinan lagi memang dah ikut giliran tu. Pada petang hari raya kedua, kami akan balik ke kampung i semula untuk menghabiskan cuti dan beraya sakan plak dengan my family.



Jarak antara kampung i dengan kampung hubby lebih kurang 3 hours journey...hihihi...tak la jauh sangat. Jangan plak ada yang gambarkan kampung kami seperti kampung tradisional...lengkap ngan sawah padi bagai....Kedua dua kampung kami terletak di kawasan rumah teres !!!! Hihihi....Tapi kami akan  tetap balik ke kampung yang real punya kampung iaitu rumah atuk hubby yang masih dikelilingi oleh dusun buahan dan pokok getah...(berapa banyak punye kampung daaa...) selepas solat sunat aidilfitri..

Salam aidilfitri dari i, hubby and CK kepada kenkawan lama, kenkawan sekerja, cikgu CK dan kenalan baru di alam cyber. Alhamdulillah, blog ni telah mengeratkan hubungan lama dan menjalin silaturrahim baru. 

Maaf zahir dan batin

1 comment:

  1. Thanks for every other informative site. Where else
    may I get that type of information written in such a perfect
    method? I've a project that I'm simply now working on, and I have been at the look out for such info.


    Also visit my web page ... see this great post

    ReplyDelete