MISS NUFFNANG

Wednesday, February 8, 2012

Hong Kong Part 4- From Golden Bohemia To HK Jewellery

Sambung citer hari ke 3 kami di Hong Kong. Ada beberapa tempat uk dilawati pada hari ke 3 ni.


Memula kami dibawa ke Golden Bohemia. Ingatkan kilang buat kristal ke...rupa rupanya macam kita punya dataran merdeka jer, bezanya ia terletak bersebelahan dgn laut.


Statue bunga bohemia emas sbg bunga kebgsaan HK. Tempat ni terletak di Wan Chai, berdepan dgn Avenue of Star yg kami pergi pada hari ke 2.

Ni lah ahli rombongan. 11 org yg lain tu semua satu famili + kami berdua.

Ni la Golden Bohemia...



Golden bohemia terletak berhampiran HK convention and exhibition centre


View ke arah Tsim Sha Tsui di seberang laut sana...



Bangunan pencakar langit di Tsim Sha Tsui..


Hanya tourist je kot yg singgah bergambar kat sini...





HK Convention and Exhibition Centre.. mengadap ke laut..




Pas tu destinasi seterusnya ialah ke Repulse Bay. Macam pantai peranginan... dan lokasi kediaman selebriti dan orang orang kaya HK.

Repulse Bay...pantainya sangat bersih..

View dari Repulse Bay ke arah rumah orang orang kaya. Nampak tak satu rumah berbumbung oren di atas bukit tu ?

Rumah berbumbung oren tu... rumah Jackie Chan..




Seterusnya, kami ke Jumbo. Di sini boleh nampak view ke arah bangunan bangunan tinggi HK. 


Tradisional  dan moden...



Nampak bangunan di sebelah tu, menurut tourist guide, ia milik robert kwok,  org terkaya di msia



Lepas tu, kami di bawa ke Hong Kong Jewellery... Adoiyaii..kami bukannya nak tengok barang kemas !!! Kat sini di larang ambik gambar. Kami di beri penerangan dan ditunjukkan pelbagai barang kemas. I beli gak kat sini magnetic bracelet...Masa tu firts day of CNY. Diskaun besar jugak la. Bracelet tu rega dia HKD 339 ( ~rm150).



Terus pakai gelang tu. Hubby kata "Ni dah out of budget ni". 


Nanti sambung lagi cerita seterusnya ke Victoria Peak.







10 comments:

  1. ini yg buat hati dela x sabar nk ke sana..... adeh... skitnya hatiku... :)

    ReplyDelete
  2. Sambung2 sis..tak sabar nak curik info niii..heeee wp lambat lagi nak pegi....tp bila baca terus excited...!!!harap tak sesat udah leee.....

    ReplyDelete
  3. bestnye kak ita.....sempat akak snap umah jackie chan tu yeak....kemain tersergam umah die kat tempat tinggi nun hah.....

    makan camne plak kak kat sane...senang tak cari halal food...

    ReplyDelete
  4. HK nmpk bersih kan....ke mmg bersih ye????

    ReplyDelete
  5. Dela..

    Hahaha...bikin panas ye dik ! Sabar.. sabar ..nanti sampai la dela ngan hubby ke sana.


    Suhailas..

    Tak per..nak curik info tu.. amik la. Memang best bercuti ke HK tapi perlu cari banyak info la. Baru best. Akak cadangkan suhaila baca blog kakitravel kat bloglist akak tu. Dia pun gi HK sendri aje.

    ReplyDelete
  6. lieyalatiff..

    Amik gambar rumah Jackie Chan dari jauh je la lieya. Halal food @ muslim food mudah nak cari, tapi nak lagi slamat, survey siap siap dari internet dulu lokasinya.


    Ibuhani..

    Saya rasa HK memang bersih la k. ani. Susah nak jumpa putung rokok pun kat tepi jalan. Public toilet memang tip top w/pun tak der paip air utk bercuci (kita bw botol jer..) tapi kat sinki siap ada sabun pencuci utk cuci tangan. Org meludah tepi jalan pun tak de. Ha.. sgt bersihkan ?

    ReplyDelete
  7. makin bnyak tengok gambar tu...keinginan utk ke sana makin membuak2......Bila agaknya dapat ke sana????

    ReplyDelete
  8. kak ina kl..

    Thanks sudi singgah kat blog saya kak ina. Terharu..blogger fofular sudi singgah nih.


    MulutPayau..

    Hehehe..jom la ke sana.

    ReplyDelete
  9. Wow bestnya HK. Plan nk ke sana next year.

    ReplyDelete