MISS NUFFNANG

Monday, January 14, 2013

Yeay.... Dapat Visa Jepun

Alhamdulillah...lega dan gumbira sebab dah dapat visa Japan. Barulah bersemangat sikit nak buat itinerary ke Osaka awal bulan Februari.

Hubby sorang sorang gi hantar segala borang dan dokumen yang diperlukan ke kedutaan Jepun pada 31.12.2012 hari tu. Mula mula hubby call kedutaan tanya, boleh tak dia sorang jer yang gi hantar borang untuk kami bertiga. Bila orang kedutaan kata, boleh, lega banyak rasanya sebab tak perlulah I mohon cuti bagai semata mata nak hantar borang. So, hubby mintak keluar kejap dari office dia kat jln Raja Laut tu, naik cab jer ke kedutaan. Sebab kat area tu susah nak parking.

Bila orang yang terima borang tu semak semak, dia kata OK ! Semua dokumen ada. Datang semula pada 3 Januari 2013 petang untuk ambik passport. Heh...senang betul.

Sebenarnya rasa cuak tu datang sebab bila baca blog orang lain, macam banyak sangat syaratnya.

CK punya visa..


Takpe lah I tulis jugak pengalaman kami menyiapkan segala dokumen yang diperlukan ye. Boleh rujuk kat website embassy japan ni untuk maklumat lanjut dan yang lebih terkini la...

1. Original passport
Mestilah masih ada tempoh 6 bulan masa hari nak pergi tu ye. Tapi macam I, terus je buat baru...
Kena hantar sekali dengan borang ke keduataan.

2. One visa application form
Boleh download kat sini . Kat part surname tu, I tulis nama penuh sekali ngan binti/bin sekali, so bahagian middlename I kosongkan. Kat bahagian guarantor/inviter tu kosongkan aje..

3. One Photo 4.5 cm x 4.5 cm white background.
Gambar mestilah diambil dalam masa 6 bulan dari tarikh mohon visa ni.
Pergi kat kedai gambar kata nak apply visa, background putih, sure orng kedai gambar tau kann. Gambar ni kena dilekatkan kat application form.

4. Itinerary in Japan.
Boleh download borang ni dari sini. Ni contoh itinerary kami...tulis ringkas ringkas jek sebab ruangnya kecik jer. Borang ni I tulis satu jer untuk 3 beranak ni.

Hehehe....asal isi jer dalam itinerary ni....


5. Employment certificate
Ni perlu yang original tau dengan letterhead company. Nyatakan jawatan korang, jabatan and tempoh dah berkhidmat di situ. Buat dalam english ye...
Kalau yang tak bekerja tu, perlu gak buat surat. Kena refer kat website embassy ye..

6. Personal savings
Tak kira dalam ASB, ke Tabung Haji ke, perlu disahkan oleh pihak bank. Berapa amount ? Itu I tak pastilah sebab tak dinyatakan kat web tu...cam kami , bank statement rm20K ASB (hasil pinjam meminjam  untuk cantikkan bank statement). Ok kot untuk 3 beranak.

7. Copy of marriage certificate (spouse) and/or birth certificate (children).
Salinan perlu disahkan. Dokumen ni perlu untuk bukti hubungan dengan pemohon utama dan orang yang mengikut..


So, itu je kot yang I boleh kongsikan hasil dari bacaan dan pengalaman sendiri. Pasni, kena buat itinerary lah pulak. 



21 comments:

  1. Wah!!! Nak ke Jepun ke.....bestnya! Kalau simpanan pun nk kena nyatakan ms ambik visa cam x lepaslh k.ani nak gi ke sana....huhuhu.... :(((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takper...lambat laun sure k.ani akan sampai ke Jepun.

      Delete
  2. Alolaa..Bestnya nak pi Jepun...sukeee!! Good info..leh jadikan rujukan untuk Cik-Anne nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikN lagi best, 2 kali dah ke sydney, lagilah ahkak jelesssss !

      Delete
  3. Japan....yeahhh..best tu..jgn lupa update tau!

    ReplyDelete
  4. jeles dah nih! best sangat pergi japan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh...orga dah sampai sana dulu dari saya !

      Delete
  5. kak.. ASB sttmnt tu nak dapatkam dr mana? hehe. Kalau linda wife. so hubs je kerja.. how?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda. Hubby yg uruskan sttmnt asb. Dia kata boleh dpt dr mana-mana kaunter asb bukan agen ya (kat bank) dan bayar RM10.00. Hubby buat kat Putrajaya, Presint 3, sebelah maybank. Opp satu lagi...minta buat dlm english kalau tak kena tanya kat japan embassy 'what language u use at japan'. ok

      Delete
    2. Effective from July 1, 2013 tak perlu visa lagi untuk ke Jepun for short term stay, not more than 90 days. Kalau bukan ICAO passport (ada logo mcm kamera kat front cover tu) boleh submit passport, form dan photo saja. Supporting dokumen semua tak perlu lagi dah!

      Delete
  6. salam singgah.follow sini :)
    banyaknya songeh ye nk ke jepun pun

    ReplyDelete
  7. wahhh akak nak ke jepun ye kak...bestnye...moga akak dipermudahkan segala urusan nak ke sane yeak....

    takpe la kak, ikut jek laaa peraturan dieorg...kite kene hormat undang2 negara org kan sebab kite yg nak ke sane...so far buat dari awal mcm akak semua akan run smoothly kan kak.....nanti akak update yeak kisah kat sane...leh tumpang seronok bace...

    ReplyDelete
  8. Wadusss! Syioknyer....Tunjuk foto nanti yer.

    ReplyDelete
  9. I am really inspired with your writing abilities as smartly as with the layout to your weblog.
    Is that this a paid topic or did you modify it yourself?
    Either way keep up the nice quality writing, it is uncommon to look a nice blog like this one these days.
    .

    Also visit my webpage ... international cash advance
    Also see my webpage: payday loans in pa

    ReplyDelete
  10. kalau nak bawak parent, supporting dokumen apa kena bawa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak. Baik u call japan ambassy tu dan tanya.

      Delete
  11. Cik Ta, pengesahan surat nikah dgn surat beranak tu sapa je leh sah kan ya? Tq

    ReplyDelete
  12. Salam singgah,

    Mengorek entri lelama rasa seronok pula membaca kisah perjalanan orang lain. Cantiklah gambar-gambar yang diambil dalam blog ni :D

    ReplyDelete