MISS NUFFNANG

Monday, July 21, 2014

Cuti Cuti Eropah, Episod 6 : Dari Lauterbrunnen Ke Paris

Hari ke 6....Hari ni kami akan berada sepanjang hari di dalam bas sebab kami akan bertolak ke Paris pulak...

Pagi tu kami bersarapan nasi lemak nyum nyum. Sedap betul makan nasik lemak sambil mata leka memerhati air terjun yang terhasil dari salji yang mencair.

Habis sarapan, kami ke kedai souvenirs yang ada kat camp site ni. Tujuannya ialah untuk menghabiskan coin swiss franc yang berjumlah 10.63 swiss franc…bawak balik pun bukan boleh tukar. So I beli lagi apa apa yang patut…dan akhirnya baki 0.24 swiss franc, okeh lah tu buat collection ye !




Proses mengangkut beg ke bas semula selepas breakfast

View indah di pagi hari..di Lauterbrunnen



Nun di sana......salji masih memutih..

Unik tempat recycle bin nih ! Ni di highway...dah masuk France rasanya !!!



Sarapan nasik lemak di Lauterbrunnen...sambil mata memerhatikan air terjun tuu...


Perjalanan hari ni dari Leuterbrunnen ke Paris akan mengambil masa yang panjang iaitu hamper 10 jam dan bas berhenti rehat 2 kali . sekali untuk makan lunch iaitu pasta goreng yang telah disediakan oleh krew dan sekali lagi berhenti rehat untuk solat zuhur asar. 

Kami dijangka tiba di campsite Paris jam 8 malam, dan walaupun maghrib masuk lambat, Abu ketua krew Kelana Convoy tak nak kami kelam kabut sampai kabin baru nak bersolat. Di samping itu juga, driver mesti berehat 45 min setiap kali 3 jam drive. Itulah sebabnya perjalanan kali ni hampir 10 jam.

Rehat di RnR...anak anak ambik kesempatan meregang otot...




Berpiknik di tepi highway....sambil makan bekalan seafood pasta 


Champigny -centre...tu lah tempat kami akan bermalam di Paris selama 3 malam..

Rasanya ada 3 movie disiarkan sepanjang perjalanan...nasib baik bas ni ada toilet. Jadi mudahlah anak anak kecik nak ke toilet...
Kami sampai di campsite di Paris jam 8.30 malam...Dinner dah boleh makan pada jam 9.30 malam. Masa tiba tu cuaca masih cerah sebab maghrib masuk jam 9 malam...


Kabin kami yang ke dua tu...kabin no.10 .Kami ambik untuk 2 orang punya. Utk 3 malam tu $300 pound kalau tak salah....

2 katil...Kami gabungkan 2 tilam di atas lantai utk tidur 3 beranak...dasar nak jimat duit punya pasal !!!

Lengkap dengan semua perkakasan memasak, toilet/bathroom dan heater


Khemah memasak...tempat kami breakfast dan dinner di sepanjang masa di Paris..

Kabin berhadapan dengan tempat parking caravan...


Lega rasanya bila dah masuk ke dalam kabin...memang penat seharian dalam perjalanan. Nak buat cam ne, jauh berjalan luas pemandangan, banyak pengalaman kannnn...Selesa kabin tu utk kami bertiga walaupun hanya ambik kabin utk 2 orang sahaja. Malam tu dinner denngan sardin dan telur dadar pun terrasa sangat nikmatnya....sedapppp !!

Esok kami semua akan berpecah mengikut aturcara berasingan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan ke Disneyland, kumpulan ke La valle village dan kumpulan ke bandar Paris ...

Kami ??? Dah tentulah ke Disneyland sebab memenuhi impian CK tu...Teringat lagi masa kami ke Hongkong dulu, masa tu berjalan berdua tak bawa CK, kami memang tak masuk ke Disneyland HK atas alasan CK tak de. Jadi bila di Paris ni, CK ada, maka wajarlah kami masuk Disneyland Paris...


##sorry dah lama dah tak update blog sebab internet rosak huhuhu....

6 comments:

  1. subhanallah.. cantiknya gunung ada salji tuh.. cantik :D
    buat trip macam ni besh jugak kan.. ada orang melayu kita nak sembang nak cakap.
    makan pun masak cenggitu syok..

    ReplyDelete
  2. Fuhh mahalnya kabin tu... semalam RM500...

    Pemandangan sangatlah cantik... berbalui walaupun penat...

    ReplyDelete
  3. Cayalah......Di Paris semuanya mahal belaka... terutama makanan dan juga tempat tinggal....

    ReplyDelete
  4. subhanallah.. cantiknya view kat sana kak ita.. untung akak dapat berjalan tgk tempat org..

    ReplyDelete
  5. bestnye kak..makan nasi lemak bersuasana kan mcm tu....uihh kalo lieya mau bertambah2 makan tuuu heheheeheh....

    selesa gak kabin tu kan kak.... alaa yg penting tempat tuk tdo.... selebihnye kite pi berjalan kan....

    ReplyDelete