MISS NUFFNANG

Tuesday, July 19, 2011

Melancong ke Brunei

Kali ni nak citer kami melancong ke Brunei plak.


Pada hari ke 2 di Miri, kami pun bertolak ke Brunei selepas sarapan dengan kereta en Hassan. Tak sangka plak en Hassan ade bawak bekal nasik lemak dan kuih kuih untuk dimakan.


Selepas melintasi border dan imigresen, kami terus berjalan sampai la satu tempat rekreasi tepi tasik ni. Malang nye i tak nampak pun any signboard.


Cuaca agak mendung masa ni, so gambar agak gelap kat bawah pondok ni.



Selepas rehat setengah jam, kami teruskan perjalanan ke Bandar Sri Begawan. Tempat mula kami tuju ialah Perkampungan Air nye..


Sebaik je kami sampai kat tebing ni, banyak la bot bot yang datang dekat sambil menawarkan perkhidmatan
untuk bersiar siar kat Perkampungan Air ni. Kita boleh tawar dulu harga nye sebelum setuju nak naik bot tu...


Pemandu bot yang sangat peramah...muka ala ala Hattan gitu...

Masjid terapung...

Ngeri gak bila lalu kat bawah laluan ni....takut bot ni terbabas dan langgar plak tiang tiang tu..ngeh ngeh ngeh...
Tapi bot tu tak la lalu bawah rumah orang...hanye lalu di bawah ruang pejalan kaki je..


Pas naik bot, kami ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, yang dikelilingi air dan berkubah emas untuk solat zohor dan asar.




Tasik di sekeliling masjid



Tu....kubah emas

Pas sembahyang, kami ke Museum Diraja Brunei plak.






Pentarakna.....untuk perarakan semasa majlis perkahwinan


Pas tu ke shopping complex untuk makan. Dah tak ingat nama shopping mall tu..Kami makan nasi ayam jer..




Pas tu singgah plak kat satu lagi masjid yang mempunyai kubah emas. Di Brunei ni, ade 2 masjid yang kubah nye disalut dengan emas (Golden Dome Mosque).



Wahh.....cantik masjid ni...nampak tak kubah keemasan tu. Sangat cantik
bila disinari cahaya matahari...





Cantik tangga ke tingkat atas....




Akhir skali, kami ke Jerudong Park..






Kat Jerudong Park ni, kami tak masuk ke dalam park. Hanye tengok dari luar jer...


I frust betul...punye la mencari fridge magnet Brunei , tak jumpa langsung. Tak pe la...next time mungkin ade...


Then, baru la kami bertolak balik ke Miri. Sampai Miri dah maghrib...


Esoknye...kami balik ke KL...

Tengok tu.....hubby menolak 2 tikar sarawak kepunyaan my emak...


Adik i ngan mak...gembira nak balik KL


5 comments:

  1. Hi, nice blog. :')

    I am Goh, bekas pelajar ckgu rosli, currently studying in US. Its been a long time since our last met. Apa khabar ckgu rosli dan keluarga? I miss him so much, please do send my regards to him.

    ramadhan is coming soon.
    happy fasting. take care.

    ReplyDelete
  2. Hai Goh...i think i remember u. Rosli tak ramai chinese students. Thanks baca blog ni. Nanti i sampaikan ur regards to him.

    ReplyDelete
  3. Teringin nak menjejakkan kaki di sana. Terima kasih atas perkongsian ini. :)

    Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum....tq ats perekongsian ini....sy brcadang utk ke Brunei dari Miri pd mac nti....boleh sy dptkan no phone utk kereta sewa dan juga tpt penginapan...tkasih..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum....tq ats perekongsian ini....sy brcadang utk ke Brunei dari Miri pd mac nti....boleh sy dptkan no phone utk kereta sewa dan juga tpt penginapan...tkasih..

    ReplyDelete